Sunday, December 22, 2013

Q&A 25.






Isu- Panduan Rasulullah Menjaga Alam Sekitar (m.s. 13)
Alam sekitar ialah kurniaan Allah SAW kepada manusia dan makhluk bernyawa yang lain. Dengannya manusia – secara khusus – dapat menikmati keindahan, merasai ketenangan, memperolehi faedah dan kebaikan, seterusnya menghargai dan mengkagumi kebesaran Tuhan. Kewujudan alam sekitar mewujudkan keseimbangan sistem ekologi yang sangat penting dalam kehidupan. Oleh itu, sangat perlu ia dipelihara dan dijaga. Rasulullah SAW telah memberi panduan bagaimana berinteraksi dan menjaga alam sekitar. Adakah terdapat ayat al-Quran berkaitan dengan penjagaan alam sekitar?

Isu - Alam Memperakui Kerasulan Nabi Muhammad (m.s. 17)
Antara mukjizat Nabi Muhammad SAW ialah pokok, binatang dan batu memperakui kerasulan Baginda. Ini menunjukkan kelebihan dan keutamaan yang luar biasa yang dimiliki oleh Rasulullah SAW. Jika makhluk yang tidak berakal memperakui kerasulan Nabi Muhammad, maka adalah suatu yang sangat pelik jika manusia sebagai makhluk yang dikurniakan akal fikiran pula menolak kerasulan Baginda. Apakah riwayat yang menunjukkan pokok mengakui tentang kerasulan Nabi Muhammad?

Isu- Ziarah Pokok ‘Sahabat’ Nabi (m.s. 19)
Muqharabin, atlit negara dalam sukan lasak atau lebih mesra dengan panggilan Qobin ingin mencari kelainan dalam ekspedisi pada kali ini. Di setiap tempat berkenaan, Qobin mengambil peluang membaca al-Quran, terjemahan dan huraian berkaitan tempat-tempat yang dilawati seperti yang tercatat di dalam al-Quran. Membaca huraian sejarah bumi pejuangan para nabi membuatkan beliau menitiskan air mata dan menginsafi kekerdilan diri di hadapan Allah SWT. Qobin juga menuju ke tempat bernama Buqa’awiyya. Apa yang ada di sana? Suatu tinggalan sejarah yang maha agung terdapat di sana dikenali dengan nama The Living Sohabi Tree - Pohon ‘Sahabat’ Nabi yang masih hidup. Apa maksud Pohon ‘Sahabat’ Nabi?

Wahai Rasulullah – Bersama Siapa Yang Dicintai (m.s. 6)
Nabi tidak berapa kenal dengan kita. Sedangkan dekatnya Nabi SAW dengan kita di akhirat kelak, sejauh mana dekatnya Nabi dengan kita semasa di dunia ini. Sahabat bertanya, mengapa Nabi SAW berpuasa pada hari Isnin. Maka Nabi menjawab, “Inilah hari aku dilahirkan ...”  (Riwayat Muslim)
Nabi SAW sambut hari kelahirannya setiap minggu dengan cara berpuasa. Maka sebab itulah kita disunatkan berpuasa pada setiap hari Isnin. Malah inilah kefahaman bagi persoalan mengapa kita menyambut hari lahir Rasulullah SAW. Menyambut maulud merupakan sesuatu yang wajar, kerana kata Nabi SAW, “Sesungguhnya aku adalah rahmat yang dihadiahkan (oleh Allah).” (Riwayat al- Bukhari)
Apabila berkait dengan Nabi SAW, semuanya mulia. Ada orang bertanya, kalau memang Nabi itu  mulia, mengapa Nabi SAW tidak dilahirkan pada hari Jumaat?

Senyum Pagi – Siapa Bapanya? (m.s 8)
Baru-baru ini heboh di muka akhbar dan blog, seorang isteri mengajak kekasihnya, seorang warganegara Bangladesh yang bekerja di ladang datang ke rumah. Si suami tidur bilik lain. Ustaz, jika isteri itu mengandungkan anak lelaki lain, si suami tidak tahu bahawa anak itu bukan anaknya. Adakah anak itu menjadi anak suaminya atau anak orang lain yang berzina dengan isterinya?

Halaqah Ibadah – 15 Adab Membuang Air (m.s 10)
Antara perkara yang setiap hari dilakukan oleh seseorang ialah membuang air sama ada air kecil (kencing) mahupun air besar. Sedarkah kita bahawa Islam telah mengajar adab-adab ketika membuang air agar ia bernilai ibadah. Sudah tentu setiap perkara yang bernilai ibadah, akan diberikan ganjaran dan pahala oleh Allah. Indahnya syariat Islam sehingga perkara sekecil ini pun mendapat ganjaran daripada-Nya. Apakah adab yang perlu dijaga ketika membuang air kecil dan air besar?

Hadis Akhir Zaman – Sampai 60 Tahun? (m.s. 26)
Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata daripada Nabi SAW bersabda: “Allah sudah tidak mahu menerima keuzuran seseorang yang dilanjutkan usianya sehingga dia sampai umur 60 tahun (sedangkan ia mati dengan tidak sempat melakukan ibadah).” (Riwayat Bukhari). Apa maksud Allah tidak menerima keuzuran jika sudah mencapai usia 60 tahun?

Dalil Feqah – Sunnahkah Menyapu Muka Selepas Salam? (m.s. 30)
Menjadi kebiasaan di negara umat Islam di sebelah Nusantara, untuk menyapu muka selepas salam ketika selesai dari menunaikan solat. Perbuatan menyapu muka selepas salam ini ada dalil dan sandarannya. Oleh itu, beramal dengan yakin ketika melakukannya, tanpa ada keraguan. Apakah sandaran hadis yang menunjukkan Rasulullah menyapu muka selepas salam?

Jalan Keluar – Bolehkah Menagih Jawatan? (m.s. 36)
Selain daripada melihat kepada aspek akhlak dan ibadah, Rasulullah SAW sangat menitikberatkan soal kecekapan atau kompetensi kepada mana-mana sahabat yang ingin dilantik sebagai pemimpin. Apakah pandangan agama Islam tentang orang yang melobi diri sendiri untuk menjadi pemimpin?

Halaqah Tasawuf  – Ayat al-Quran Menolak Tawasul? (m.s. 39)
Masih ada perkara-perkara yang mengelirukan berhubung dengan hukum bertawasul dengan orang yang telah meninggal dunia. Tambah-tambah lagi ramai para agamawan yang menolak tasawul sebegini. Ini adalah masalah yang sering ditimbulkan oleh sesetengah asatizah yang terpengaruh dengan kononnya ‘gerakan Islah’ dan memurnikan masyarakat daripada syirik. Antara hujah yang sering digunakan ialah andainya ia (bertawasul kepada orang yang telah meninggal dunia) dibolehkan, mengapakah Sayidina Umar al-Khattab bertawasul kepada bapa saudara Rasulullah SAW, Sayidina Abbas, tidak kepada Rasulullah SAW yang telah wafat?

Bahaya Syiah – Kitab-kitab Syiah (m.s. 58)
Tiada keraguan lagi kepada golongan Muslimin secara keseluruhannya bahawa al-Quran itu ialah kitab yang diturunkan daripada Allah SWT kepada Muhammad bin Abdullah SAW.
Namun apa yang saya dapati sepanjang penelitian dan pembacaan saya dalam kitab-kitab muktabar kita (Syiah), saya terpaku pada nama-nama kitab yang didakwa oleh para fuqaha Syiah bahawa ia diturunkan juga kepada Nabi Muhammad SAW serta Baginda mengkhususkan kitab-kitab ini kepada Amirul Mukminin (Ali a.s.) sahaja. Apakah nama kitab-kitab tersebut, yang didakwa diturunkan kepada Nabi SAW?

Kuliah Oxford – Hukum Memakan Ikan Jerung Yang Makan Manusia (m.s. 60)
Saya telah bertemu ramai orang Melayu bermazhab Syafi'i yang enggan makan ikan jerung dengan hujah ia merupakan pemangsa yang memakan manusia. Apakah hukum memakannya? Adakah ia makruh, haram atau hanya harus?

Genggam Bara – Memberi ‘Nafas’ Kepada Pendakwah (m.s. 64)
Sejak Baginda Rasulullah SAW diutuskan menjadi rasul, graf dakwahnya sentiasa menegak dan tidak pernah susut ke belakang. Tugas dan amanah menyebarkan Islam diteruskan walau apapun yang mendatang. Dakwah dari segi bahasa bererti menyeru atau mengajak kepada sesuatu. Manakala menurut istilah, dakwah bermakna menggalakkan masyarakat berbuat kebaikan dan mengikut petunjuk, menyeru mereka membuat kebajikan dan melarang mereka daripada kemungkaran. Jurudakwah membawa misi menyedarkan dan meletakkan cahaya keimanan di dada mereka. Apakah pula peranan kita sebagai umat Islam terutama mereka yang dianugerahi Allah rezeki yang melimpah-ruah dalam berdakwah?

Syeikh Nuruddin Jawab –  Perlukah Solat Zuhur Bagi Perempuan Yang Solat Jumaat? (m.s 72)
Bagaimana hukumnya perempuan yang solat Jumaat bersama jemaah Muslimin di masjid? Apakah perlu mereka solat Zuhur semula kerana syarat solat Jumaat ialah lelaki? Adakah perlu diulang solat Zohor atau memadai dengan solat Jumaat di masjid?

Halaqah Firman –  Mukjizat Kalimah Tasbih (m.s. 78)
Kalimah tasbih dan segala pecahan daripadanya bermaksud mensucikan Allah SWT daripada segala sifat kekurangan. Kalimah Subhanahu wa Taala bermaksud Maha Suci dan Maha Tinggi Allah. Kalimah tersebut merupakan satu bentuk penegasan bahawa Allah SWT ialah suatu Zat Yang Maha Suci daripada sifat kekurangan dan Maha Agung daripada segala-galanya. Apakah surah yang dimulai dengan kalimah tasbih?

Disiplin Ilmu – Kenapa Para Ilmuwan Menulis? (m.s. 83)
Berkarya atau mengarang ialah perantara untuk sesuatu idea atau ilmu dapat disalurkan kepada pembaca. Ia melibatkan catatan bertulis terhadap sebarang teks atau mesej yang ingin disampaikan kepada para pembaca. Dalam Islam, aktiviti penulisan, pendokumentasian dan pengkaryaan bermula seawal kedatangan Islam. Latar belakang kebudayaan masyarakat Arab sebelum Islam yang terkenal dengan tradisi pengkaryaan dan penulisan syair dilihat sebagai antara hikmat kenapa al-Quran diturunkan dalam ungkapan dan bahasa yang tinggi dan unit, mengalahkan koleksi-koleksi syair zaman jahiliah. Bagaimana perkembangan penulisan pada zaman Rasulullah SAW?

Anjung al-Atrak – Adakah Islam Benarkan Bersanding? (m.s. 94)
Saya ditanya oleh seseorang tentang masalah bersanding. Apakah hukumnya di sisi syariat? Bersanding menurut takrifan Kamus Dewan Edisi Keempat muka surat 1385; bersanding ialah duduk bersebelah-sebelahan (berjajar, berdamping, seperti pengantin di atas pelamin).
Dari sudut sejarah atau asal usul, bersanding tidak diterangkan secara jelas. Ada pendapat mengatakan bahawa persandingan ialah adat yang dilakukan oleh bangsa Melayu sejak zaman dahulu. Sebahagian lagi mengatakan ia merupakan adat yang diambil dari India. Ada juga berpendapat bersanding ialah pengaruh Hindu. Jika merujuk kepada hukum asal serta bersandarkan definisi di dalam Kamus Dewan, adakah bersanding dibolehkan?

Halal & HaramIstihalah – Bagaimanakah yang Dibolehkan?  (m.s. 96)
Kalimah istihalah daripada perkataan bahasa Arab. Dalam disiplin sains (teknikal), tidak ditemui satu konsep yang sinonim dengan konsep atau teori istihalah. Walau bagaimanapun, ada beberapa istilah lain yang memiliki konotasi hampir serupa iaitu transformation (perubahan) dan chemical decomposition (penguraian kimia). Transformation di sini bermaksud menukar seluruh rupa atau sifat/watak sesuatu. Manakala chemical decomposition pula merujuk suatu keadaan penguraian atau proses pereputan. Misalnya penguraian air (H²O) kepada hidrogen dan oksigen. Apakah yang hendak dibincangkan tentang istihalah ini?

Tweet Dr. Asmadi – Booking Sewa Rumah atau Hotel (m.s. 98)
Sesetengah ‘tempahan bilik hotel’ tidak membenarkan pembatalan, manakala sesetengah yang lain membenarkan pembatalan. Bolehkah ustaz terangkan secara terperinci mengenai kaedah tempah menempah yang diharuskan dalam Islam. Bagaimana hukumnya menurut syarak?

Misteri Alam Jin –  Siapakah Qarin? (m.s. 104)
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dinyatakan bahawa jin qarin Nabi SAW telah masuk Islam. Oleh sebab itu, manusia sering dipengaruhi dengan dua bentuk bisikan – sama ada bisikan kejahatan daripada qarin jenis jin mahupun bisikan ilham kebaikan daripada qarin jenis malaikat. Jin qarin yang diwakilkan kepada Nabi SAW telah memeluk Islam. Adakah jin qarin orang lain juga boleh diajak memeluk Islam?