Sunday, November 17, 2013

Q&A Bil. 24


Isu 
- Pelihara adab-adab di masjid. 
Pakailah pakaian yang wangi dan harum ketika ke masjid kerana malaikat suka kepada wangi-wangian. Masjid ialah tempat paling mulia di atas muka bumi. Di dalam kitab-kitab feqah, dibahaskan tajuk khusus tentang masjid yang menunjukkan kedudukan masjid yang istimewa di dalam Islam. Oleh itu, hendaklah setiap orang yang memasuki masjid, menjaga adab-adab ketika memasuki dan berada di dalam masjid. Apakah adab-adab yang perlu diperhatikan sebelum pergi ke masjid dan ketika masuk ke dalam masjid?

Isu 
- Soal Jawab Masjid Mengikut Mazhab Syafi’i.  
Masjid yang kita fahami jika mengikut kepada apa yang digazetkan sebagai masjid ialah dari pagar sampai ke pagar. Semuanya tanah masjid. Jika di dalam tanah masjid dibuat carwash, adakah wanita yang berhadas besar tidak boleh cuci kereta di situ? Ataupun wanita tersebut ingin masuk ke dalam bilik air masjid. Bagaimana pula dengan wanita yang masuk ke masjid, adakah wajib menutup aurat? Apakah perbezaan antara ruang solat yang diwakafkan untuk solat dengan ruang masjid lainnya yang diwakafkan untuk pelbagai guna?

Isu
- Kanak-kanak Solat di Masjid, Di Manakah Posisi Mereka? 
Satu daripada tujuan utama didirikan sesebuah masjid ialah menjadi tempat untuk menunaikan solat berjemaah. Maka solat berjemaah juga ada adab-adab dan aturannya, yang sekali gus juga memelihara adab-adab ketika berada di dalam masjid. Bukankah kita selalu mempertimbangkan atau mencari yang lebih afdhal terutama sekali dalam perkara ibadah? Antaranya seperti saf kanak-kanak, adakah perlu diadakan atau ditiadakan?

Bahaya Syiah 
– Waspada Gerakan Syiah Di Malaysia 
Revolusi Iran yang terjadi pada tahun 1979, merupakan kemenangan kelompok Syiah yang menjadi momentum besar bagi pergerakan Syiah di pelbagai negara. Persatuan Ahlus Sunnah di Iran pernah menyiarkan sebuah risalah rahsia yang mengandungi beberapa agenda utama gerakan Syiah di Iran sendiri dan cara bagaimana agar agenda tersebut dapat dieksport ke luar negara, khususnya negara-negara Sunni. Agenda tersebut dijangka akan mengalami kejayaan dalam jangka 50 tahun dihitung dari semenjak revolusi Iran yang terjadi pada tahun 1979.  Apa matlamat utama agenda Syiah?

Hadis Akhir Zaman 
– Permata Yang Hilang 
Sekarang ini kita merasakan bahawa bumi ini semakin tandus daripada para ulama akhirat yang merupakan pewaris para anbia. Mereka banyak yang telah meninggalkan kita. Tahun demi tahun kita melihat ada sahaja orang alim yang dipanggil ke pangkuan Allah dan sedikit sekali yang dapat menggantikan mereka. Kalau ada yang menggantikan pun kualitinya jauh lebih rendah daripada mereka yang terdahulu. Adakah kematian para ulama akhirat memberi kesan kepada sistem pembelajaran terutamanya di pondok-pondok?

Kuliah Oxford 
– Amalan Mengucup Ibu Jari Ketika Azan; Bolehkah dipertikaikan? 
Dari segi praktikal, selain daripada pengikut mazhab Hanafi, sebahagian pengikut mazhab Syafi’i telah mewarisi amalan ini, manakala daripada kalangan pengikut Mazhab maliki pula, mereka yang berada di Sudan melakukan amalan ini. Apakah hukumnya menurut mazhab asy-Syafi‘i dan apa yang perlu dilakukan jika ada orang menegah dan mempertikaikan mereka yang melakukan amalan ini?

Paradigma 
– Boleh Mencium Tangan Ulama? 
Mencium tangan ulama, orang-orang-orang soleh dan pemimpin yang adil adalah sunat. Ia bukanlah suatu yang bidaah selagimana ia tidak menyebabkan mereka yang dicium tangan itu tertipu (ghurur). Sekiranya keadaan itu terjadi, dosa dibebankan kepada orang yang diciumkan tangannya dan bukannya kepada orang yang mencium kerana yang mencium itu hanya bermaksud untuk memuliakan dan menghormatinya. Apa dalilnya berhubung perkara ini?

Mimbar 
– Orang Pertama Bergelar Habib 
Habib ertinya orang yang dicintai. Istilah habib bermula daripada Habib Umar bin Abdul Rahman al-Attas. Beliau dikatakan lahir pada tahun 992H di sebuah kampung bernama al-Lisik, berdekatan dengan Inat, Hadramaut. Sebelum zaman Habib Umar, para ulama Hadramaut tidak dipanggil habib. Sejak zaman Sayidina Ali bin Abi Talib k.w.j. sehingga zaman al-Faqih al-Muqaddam, mereka dipanggil imam. Contohnya seperti Imam Muhammad al-Baqir dan Imam Ahmad al-Muhajir. Manakala bermula zaman al-Faqih al-Muqaddam sehingga sebelum zaman Habib Umar, mereka dipanggil syeikh. Mengapa Habib Umar bin Abdul Rahman mendapat gelaran Habib dan al-Attas?

Merentas Misi 
– Beragama dalam Kehidupan 
Secara istilahnya, agama ialah sesuatu yang disyariatkan oleh Allah SWT melalui nabi-Nya daripada hukum-hakam. Ia juga dinamakan sebagai syariat. Ajaran agama Islam mengandungi perbahasan tentang akidah (keimanan), syariat atau amalan dan akhlak. Bahkan, syariat dan ajaran agama Islam bersifat kamil (sempurna) dan syamil (merangkumi segala aspek kehidupan manusia). Ia sesuai sepanjang zaman dan untuk seluruh umat manusia. Sejauh mana kepentingan agama dalam kehidupan manusia?

Jalan Tengah 
– Bolehkah Harta Wakaf Dipindah Milik? 
Harta wakaf itu tetap ada, namun manfaat harta itu boleh digunakan dengan cara menggunakan fizikal harta itu walaupun nilaian fizikal harta wakaf tersebut boleh berkurang atau bertambah. Mauquf (harta wakaf) tidak boleh dijual, dihadiah, dihibah mahupun diwarisi. Ulama lebih berhati-hati dalam persoalan wakaf masjid dan keharusan istibdalnya perlu mendapat kebenaran dan persetujuan qadhi atau pemerintah Islam. Adakah tanah wakaf boleh bertukar status dan digunakan untuk tujuan lain?

Disiplin Ilmu 
–  Ilmu dan Kefahaman Daripada Allah SWT 
Cakupan ilmu Allah SWT merangkumi semua perkara yang diketahui (al-ma`lumat) dan tiada suatu pun yang tersembunyi daripada ilmu-Nya. Di samping itu, semua yang wujud di alam semesta ini adalah ciptaan Allah SWT dan tidak mungkin ada antara kewujudan ini yang tidak diketahui oleh Allah SWT. Dalam ayat yang lain al-Quran menegaskan bahawa Allah SWT memiliki kunci segala perkara ghaib dan Dia mengetahui apa-apa yang ada di darat dan apa-apa yang ada di laut, hatta dedaun yang jatuh serta biji benih di dalam kegelapan malam, semuanya diketahui Allah (al-An`am, 59). Semua ini menggambarkan bahawa hanya Allah SWT yang mempunyai dan memiliki ilmu yang hakiki dan secara mutlak. Apakah perbezaan ilmu yang dimiliki oleh manusia dengan ilmu Allah?

Relaksasi 
–  Seni Keibubapan dalam Gaya Pembelajaran
Majoriti anak mempunyai semua gaya pembelajaran yang dinyatakan; auditori, visual dan kinestetik. Secara tidak langsung akan mudah menarik perhatian dan minat anak-anak. Serentak dengan itu ia juga akan mendorong anak-anak cenderung belajar berdasarkan gaya masing-masing. Seni yang bagaimana perlu dimiliki oleh ibubapa dalam mendidik anak-anak?

Syeikh Nuruddin Jawab 
– Bolehkah makhluk halus menodai manusia? 
Pada tahun 1998, di mana saya (Syeikh Nuruddin) menemani seorang syeikh dari Mesir yang merawat beberapa akhawat (pelajar wanita). Mereka ini diganggu makhluk halus, apabila terlelap sahaja, jin akan menodai mereka. Apakah pendinding antara kita dan jin?

Halaqah Firman 
Apa itu ‘Wau’ Dalam Kalimah ke-8? 
Huruf ‘wau’ dalam al-Quran mempunyai maksud, makna dan peranan tertentu. Para ulama kebiasaannya membahagikan huruf ‘wau’ kepada beberapa bahagian. Antaranya ialah huruf ‘wau’ permulaan cakap (واو الإستئناف), huruf ‘wau’ sumpah (واو القسم), huruf ‘wau’ penyambung yang bermaksud “dan”واو العطف) ), huruf ‘wau’ bagi menjelaskan keadaan (واو الحال), huruf ‘wau’ yang bermaksud ‘bersama’ atau ‘mengiringi’ واو المعية) ) dan seumpamanya lagi.  Apa contoh penggunaan huruf ‘wau’ dalam al-Quran?

Fiqh Annissa 
– Bolehkah Syak Wasangka Terhadap Suami? 
Cemburu ialah satu daripada akhlak mulia yang ditanam di dalam diri manusia. Dengan adanya sifat cemburu, manusia akan bangkit mempertahankan maruah dan melindungi orang yang disayang. Orang yang mati kerana mempertahankan haknya, dia dikira mati syahid. Kita juga sering mendengar orang berkata, cemburu tanda sayang. Adakah itu cemburu yang dibenarkan oleh Islam atau itu dikira sebagai sangka buruk?

Halaqah Tasawuf 
Syarat Bertawasul
Adapun yang menjadi perselisihan segelintir ulama ialah tawasul dengan orang yang telah meninggal dunia; adakah diperbolehkan atau tidak. Ada segolongan yang menghukum ia syirik manakala majoriti berpandangan bahawa ia diharuskan dengan dalil-dalil yang akan  diterangkan dalam artikel ini. Adakah benar bertawasul dengan orang yang telah meninggal dunia dibolehkan oleh Islam?

Anjung al-Atrak 
Sampai di rumah, saya cuba berfikir dengan emosi yang lebih tenang. Saya membayangkan kemungkinan yang barangkali boleh sahaja terjadi – bagaimana kalau tadi mereka menetak saya? Bagaimana kalau tadi mereka betul-betul memetik picu pistol dalam keadaan muncung pistol dihala ke dada saya. Ya Allah ...! Syukur, Allah SWT telah selamatkan saya. Bolehkah saya sebutkan kejadian yang menimpa saya itu sebagai musibah atau bala?

Halal & Haram 
Haiwan Jallalah, Halalkah Dimakan? 
Alhamdulillah ramai daripada kita semakin hari semakin bertambah ilmu dan kesedaran untuk menjaga halal haram dalam urusan kehidupan, temasuklah dalam bab makanan. Namun peningkatan kesedaran ini tidak harus seputar pengguna sahaja. Peniaga lebih-lebih lagi perlu kerana sumber makanan dan pemprosesan adalah di tangan mereka. Sekiranya para peniaga beretika dan penuh amanah, pastinya kita tidak akan berhadapan dengan kes-kes seperti ikan keli dan patin diberi makanan bangkai, karkas babi dan seumpamanya. Begitu juga lembu yang dibekalkan makanan yang bercampur plasma darah. Bukankah semua ia menatijah haiwan jallalah? Apakah yang dimaksudkan haiwan jallalah?