Thursday, September 12, 2013

Q&A bil 22.






ISU :  Perangkap Wang Syubhah
Masih ramai di antara kita yang keliru antara wang syubhah dan wang haram. Ini kerana terdapat wang haram tetapi disebut sebagai wang syubhah untuk tidak mahu ‘mengguris’ perasaan mereka yang terlibat dalam pemerolehan sumber yang sebegini. Bagaimanakah pula dengan wang yang kita perolehi bagi meneruskan kehidupan kita ketika ini? Adakah bersumberkan yang syubhah atau yang haram?

Isu-  Harta Tidak Patuh Syariah: Bagaimana Melupuskannya? (m.s. 10)
Berpandukan kepada pandangan Imam asy-Syafi’i dapatlah dirumuskan bahawa harta tidak patuh syariah ialah harta yang dimiliki dan diperoleh melalui wasilah (jalan) yang tidak diiktiraf oleh syariat. Persoalan yang harus diketahui oleh kita, bolehkah harta yang tidak patuh syariah ini dilupuskan dan bagaimanakah caranya?

Isu- KWSP vs ASB (m.s. 13)
Asas kepada penentuan keharusan sesuatu pelaburan ialah jenis aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh sesebuah syarikat sama ada pelaburan halal atau haram. Dana-dana KWSP dan ASB biasanya dilaburkan dalam pelbagai jenis syarikat. Apakah kategori-kategori syarikat yang membuatkan ulama semasa sepakat terhadap pengharaman, mengharuskan pelaburan atau mengharuskan pelaburan dengan meletakkan had limit kepada perkara haram?  

Paradigma –  Wajib Mencintai Ahlul Bait dan Para Sahabat Nabi  (m.s. 30)
Tidak pernah ada fadilat dan kelebihan yang paling banyak disebut di dalam hadis melainkan kelebihan Ahlul Bait. Menurut Ahlus Sunnah wal Jamaah, kewajipan mencintai Ahlul Bait dan para Sahabat Nabi r.anhum ini melibatkan perkara keimanan. Apa terjadi terhadap mereka yang mengkafirkan Ahlul Bait dan para Sahabat Nabi?  

Hadis Akhir Zaman – Bagaimana Yakjuj dan Makjuj Mati? (m.s. 36)
Hadis menunjukkan kepada kita bahawa bangsa ini sangat banyak membuat kerosakan sehinggalah Nabi Isa a.s. bersama tenteranya berdoa mengharapkan bantuan Allah. Doa mereka diperkenankan Allah.  Bangsa Yakjuj dan Makjuj ini akhirnya mati serentak. Tiada  yang tinggal hidup. Bangkai mereka bergelimpangan memenuhi jalan, jurang dan di semua tempat kediaman mereka. Siapakah atau apakah yang berjaya mematikan bangsa ini?

Halaqah Tasawuf – Mengapa Ahli Sufi Berzikir Menari? (m.s. 38)
Perbuatan tarian sambil berzikir dan berqasidah memuji Baginda SAW seperti yang kita sebutkan sebelum ini dinamakan sebagai “ar-raqsu” atau “as-sima’ atau “al-hadrah” merupakan amalan yang sering ditemui dalam sesetengah tarekat. Adakah para ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah melihat perbuatan ini sebagai bidaah atau kemungkaran yang perlu ditentang?

Disiplin Ilmu – Bagaimana Hakikat Naqli Difahami Akal? (m.s. 41)
Akal ialah suatu rangkaian penting bagi ilmu yang menyeluruh, ilmu yang merujuk kepada objek inderawi dan ilmu yang dilimpahkan dari sumber ilahi. Manakala wahyu pula, ia adalah suatu khabar yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada para anbia. Dalam konteks kini, ia merujuk kepada al-Quran dan hadis. Apakah sebenarnya wujud pertentangan antara nilai akal dan wahyu ini atau saling melengkapi?  

Bahaya Syiah – Asas Penyimpangan  Syiah (m.s. 48)
Selain tiga golongan iaitu Imamiyah, Zaidiyah dan Ismailiyah, terdapat Syiah ekstrim yang menyatakan bahawa Ali bin Abi Talib sebagai tuhan dan tidak mati terbunuh. Ini fahaman sesat daripada Syiah Sabai’yyah. Ada juga yang menyatakan bahawa al-Quran seharusnya turun kepada Ali bin Abi Talib tetapi kerana kekeliruan malaikat Jibril, ia diberikan kepada Nabi Muhammad SAW. Ini fahaman sesat daripada Syiah Gusabiyah. Jadi, apakah asas-asas penyimpangan Syiah secara umum yang perlu diketahui oleh kita?

Halaqah Tauhid – Sifat Hidup Bagi Allah (m.s. 50)
Andai jantung tidak berfungsi, maka berakhirlah kehidupannya. Andai tidak ada oksigen, manusia juga tidak dapat hidup. Bahkan, untuk terus hidup juga, manusia memerlukan makanan dan minuman bagi mengekalkan kecerdasan tubuh. Tanpa minuman lebih daripada tiga atau empat hari, dari sudut hukum adat (biologi dan fisiologi), manusia akan kehilangan hidupnya. Apa yang boleh dipelajari manusia daripada sifat hidup bagi Allah?

Eksklusif  Soal Jawab Haji Bersama Dato’ Daud Che Ngah (m.s. 56)
Musim ibadah haji tiba lagi. Berbondong-bondong umat Islam yang terpilih menjadi tetamu Allah berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan tuntutan rukun Islam yang kelima ini. Apa yang diharapkan daripada ibadah ialah agar mudah-mudahan diterima oleh Allah SWT. Kemudian membuahkan keimanan yang teguh dan akhlak Mukmin sejati, berkat dan rahmat daripada ibadah yang diterima itu. Berikut ialah beberapa persoalan yang sering ditimbulkan oleh khalayak berkaitan dengan ibadah haji.  Dijawab dengan jelas dan terang oleh seorang yang pakar dalam bidang berkaitan.

Mimbar – Serupa Tapi Tak Sama (m.s. 62)
Sayidina Ali menamakan putera-puteranya dengan nama Abu Bakar dan Umar. Masyarakat Arab terutamanya keturunan Sayidina Ali juga suka menggunakan nama yang sama selepas itu. Sudah pasti terjadilah kekeliruan kerana nama-nama yang sama. Bagaimanakah tindakan yang diambil oleh masyarakat Arab ketika itu dalam mengatasi masalah ini?
Mutiara Kitab Hikam – Peperangan Antara Hati dan Nafsu (m.s. 68)
Cahaya ialah tentera hati sebagaimana gelap merupakan tentera nafsu, maka apabila Allah telah berkehendak untuk memenangkan seseorang hamba-Nya, Dia memberi bantuan dengan tentera pelbagai cahaya dan menyekat serangan gelap dan pengaruh makhluk (terhadap hati). Apa maksud di sebalik hikmah di atas?

Anjung al-Atrak – Benarkah Dia Wali Allah? (m.s. 70)
Seorang lelaki bertanya kepada al-Imam Abu Hanifah: “Wahai Imam, apa pendapat kamu terhadap seseorang yang tidak langsung mengharapkan syurga, tidak takut kepada neraka, tidak takut kepada Allah SWT, suka memakan bangkai, menunaikan solat tanpa rukuk dan sujud, bersaksi terhadap perkara yang dia sendiri tidak saksikannya, membenci perkara yang hak, suka kepada fitnah, menjauhkan diri daripada rahmat, malah membenarkan perkataan Yahudi dan Nasrani?” Al-Imam Abu Hanifah bertanya kepada anak muridnya pendapat mereka akan pertanyaan lelaki tersebut. Namun anak muridnya terkejut kerana jawapan mereka ternyata meleset apabila al-Imam Abu Hanifah menjawab, “Sesungguhnya lelaki yang bersifat seperti itu ialah salah seorang daripada wali Allah!” Apakah maksud disebalik pertanyaan itu hingga al-Imam Abu Hanifah menjawab sedemikian?

Halaqah Suluhan Ibadah – Hukum Zikir Nyaring Selepas Solat (m.s. 73)
Zikir ialah mengingati Allah SWT menerusi ucapan lidah atau hati dengan tujuan memuji-Nya atau berdoa kepada-Nya atau setiap ucapan yang membawa kepada ganjaran pahala bagi pelakunya. Ketika ini menjadi tradisi di surau dan masjid di negara ini imam dan makmum sama-sama berwirid atau berzikir dengan menyaringkan suara selepas solat fardu. Namun begitu, terdapat segelintir orang yang kurang menyenanginya. Malah mengatakan ia perkara bidaah dhalalah (sesat) kerana tidak pernah dibuat oleh Nabi SAW. Apakah dalil yang membolehkan berzikir nyaring selepas solat?

Syeikh Nuruddin Jawab – Anggota Mana yang Jatuh Zihar? (m.s 78)
Adakah zihar hanya khusus untuk punggung (zhahrun) isterinya atau juga kepada seluruh anggota badan? Umpamanya suami mengatakan: “Hidungmu seperti punggung emakku.”

Merentas Misi – Tafsir Saintifik: Perbetulkan Kekeliruan (m.s. 80)
Wujud usaha untuk menafsirkan al-Quran dengan ilmu sains moden dengan tafsiran saintifik yang bertujuan untuk mengharmonikan antara agama dengan ilmu-ilmu moden. Relevankah ilmu sains moden terutamanya di Barat yang mempunyai kepincangannya sendiri menjadi kayu ukur kepada kebenaran al-Quran?

Kalam Habib – Istiqamah Pelemah Ammarah Bissuʹ  (m.s. 94)
Syaitan tentu sekali akan berusaha keras untuk menghalang kita daripada istiqamah. Begitu jua tuntutan nafsu yang ammarah bissu' (menyuruh berbuat jahat) akan melemahkan kita daripada terus kekal berbuat kebajikan. Oleh itu, sejauh mana istiqamah penting bagi seseorang yang berdakwah?

Halaqah Muamalat – Mudarabah Itu Apa? (m.s. 106)
Pelaburan yang menggunakan kontrak qiradh atau mudarabah adalah satu kontrak yang berlaku apabila pemodal memberikan wangnya kepada pengusaha (usahawan) supaya usahawan itu menggunakan wang tersebut dan memperniagakannya. Apakah asal keharusan kontrak seperti ini?