Monday, August 19, 2013

Majalah Q&A Bilangan 21

Klik sini


Isu- Sahabat Dalam Perjuangan Dan Kehidupan (m,.s. 12) 
Apabila bercerita tentang Sahabat Nabi SAW sering ditonjolkan kisah peperangan mereka. Tidakkah  ia menenggelamkan kehebatan Sahabat dalam amalan mereka? Bagaimana pula akhlak Sahabat dengan Nabi SAW?

Isu- Belajar ‘Cinta’ Daripada Abu Bakar r.a. (m.s. 15)
Kata orang, tak kenal maka tak cinta! Bagaimana mungkin kita mencintai para Sahabat seperti Sayidina Abu Bakar as-Siddiq sedangkan kita tidak mengenali mereka. Apa yang patut kita tahu tentang Abu Bakar as-Siddiq? 

Isu- Rahsia Kehebatan Para Sahabat (m.s. 18)
Sahabat ialah ikon terbaik untuk dicontohi. Dari manakah para Sahabat mendapat kekuatan? Bagaimanakah hendak menyuburkan ‘semangat’ para Sahabat ke dalam jiwa kita dan anak-anak?

Kuliah Oxford – Adakah Berdosa Jika Berniat Untuk Berbuka? (m.s. 28)
Seseorang yang berpuasa kemudian berniat untuk berbuka kerana melihat makanan yang sedap. Adakah dia dikira berdosa kerana berniat untuk berbuka? Apa perbahasan ulama tentang niat dan azam?

Paradigma – Ziarah Kubur Pada Hari Raya; Hukum Dan Persoalannya (m.s. 30)
Ada pendapat yang mengatakan tidak boleh menziarahi kubur pada hari raya Aidil Fitri kerana ia akan membawa kepada kesedihan sedangkan kita disuruh bergembira pada hari raya.  Apa pandangan ulama Syafi’iyah? Bagaimana pula hukum menabur bunga di atas kubur selepas pengebumian atau ketika menziarahi kubur?

Mimbar – Hadramaut, Negeri Tanpa Dengki (m.s. 32)
Antara negeri yang terbesar di negara Yaman ialah Hadramaut. Dari mana timbulnya nama Hadramaut? Adakah terdapat makam para Sahabat Nabi di Hadramaut? 

Merentas Misi – Tafsiran Saintifik;  Apa Asas-Asas Untuk Berpegang Dengannya? (m.s. 34)
Ramai para ilmuwan Islam cuba menarik perhatian para cendikiawan Barat tentang keagungan al-Quran dari sudut metodologi saintifik ini. Bolehkah memahami al-Quran dengan tafsiran saintifik? Siapa ulama yang menyokong dan menentang?

Hadis Akhir Zaman – Dunia Islam Menjadi Sasaran Kemusnahan? (m.s. 36)
Pada akhir zaman, akan berlaku kemusnahan yang dahsyat. Apa kaitannya dengan kemunculan Yakjuj dan Makjuj? Adakah Yakjuj dan makjuj itu binatang atau manusia?

Halaqah Tasawuf – Berzikir Sambil Menari? (m.s. 38)
Akhir-akhir ini heboh diperkatakan berhubung dengan wujudnya aktiviti berzikir sambil berdiri dengan menari dan menyanyi. Ia berlaku di kalangan ahli sufi. Apakah ia merupakan cara mereka berhibur dan yang lebih utama apakah ia dibenarkan?

Disiplin Ilmu – Nilai Akali Pada Hakikat Naqli (m.s. 41)
Dalam perkembangan sains dan teknologi kini, dasar epistemologi pemikiran manusia moden banyak dipengaruhi oleh faham-faham moden yang banyak membentuk sikap dan pandangan alam mereka terhadap nilai dan sumber ilmu. Apakah hakikat sebenar ilmu Akli dan Naqli?

Bahaya Syiah – Golongan Antisahabat Nabi (m.s. 48)
Secara umumnya, bagaimana kedudukan para Sahabat dan isteri-isteri Nabi berdasarkan firman Allah SWT dan hadis Nabi SAW? Apa pandangan golongan Syiah Rafidhah terhadap para Sahabat dan isteri Rasulullah SAW?
Kalam Habib – Layakkah ‘Orang Awam’ Jadi Pendakwah? (m.s. 50)
Di kalangan masyarakat, di mana-mana tempat, dewasa ini terdapat mereka yang begitu cintakan agama dan ingin menyampaikan ilmu agama seberapa boleh. Jika seseorang yang bukan dari jurusan agama, tetapi kemudiannya belajar agama sedikit, adakah harus baginya berdakwah?

Roger Ustaz Raja – Mereka Bertanya Tentang Kehidupan (m.s. 52)
Antara persoalan yang selalu timbul ialah  mengapa banyak ketentuan yang berlaku dalam kehidupan seseorang tidak dapat dijangka? Mengapa kehidupan ini ada suka dan duka, susah dan senang dan sebagainya yang saling bertentangan? Bagaimana menjawab persoalan sebegini?

Peta Minda – Lembaran Keberanian Sahabat Rasulullah SAW (m.s. 60)
Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik manusia adalah kurunku kemudian orang-orang yang datang setelah mereka kemudian orang-orang yang datang setelah mereka.” Apa contoh keberanian para Sahabat berdasarkan kitab Hayatus Sahabah karangan Maulana Yusuf al-Kandahlawi?

Celak Mata – (m.s. 64)
Bagaimana kedudukan solat jumaat jika ada paginya adalah solat sunat Aidiladha atau Aidilfitri? Apakah hukum mencium al-Quran sesudah membacanya? Ada yang cium dengan letak di mulut sahaja, ada yang cium dengan mulut diikuti hidung dan diletakkan di atas dahi. 

Mutiara Kitab Hikam – Apa Beza Mata Hati Dan Mata Kepala? (m.s. 68)
Ibnu Athaillah menerusi hikmah kali ini akan membongkar rahsia tiga aspek rohani, hati, mata hati dan cahaya (yang maknawi) yang terdapat di dalamnya, seperti yang selalu diterangkan oleh Allah di dalam al-Quran.  Apakah perbezaan antara tiga aspek tersebut?

Anjung al-Atrak – Fitnah Mengikut Zaman (m.s. 70)
Setiap zaman punya fitnahnya tersendiri. Bagaimana fitnah-fitnah yang pernah dialami oleh para Sahabat Nabi SAW, salafussoleh serta masyarakat kita sekarang?

Halaqah Suluhan Ibadah – Bidaahkah Membaca al-Quran Di Kubur? (m.s. 74)
Antara amalan masyarakat kita ialah membaca al-Quran pada hari raya di kuburan. Apa pandangan para ulama Syafi’iyyah dalam masalah tersebut?

Adab – Rasa Angkuh Penghijab Doa (m.s. 76) 
Terdapat banyak adab yang telah disenaraikan, antaranya oleh Imam al-Ghazzali di dalam kitabnya al-Ihya, beliau telah menyenaraikan 10 adab-adab dalam berdoa. Adakah rasa angkuh penyebab doa tertangguh?
Syeikh Nuruddin Jawab – Sunatkah Berpeluk Selepas Solat @ Ketika Bertemu? (m.s. 78)
Sama-sama kita kita hayati jawapan daripada tuan guru berhubung sunatkah berpelukan selepas solat @ ketika bertemu, hukum menjawab salam semasa majlis pengajian dilangsungkan serta banyak lagi persoalan fikah yang menarik.

Halaqah Firman –Mmengapa Kita Tidak Disuruh Berdamai? (m.s. 84)
As-Salm ialah cenderung atau condong kepada perdamaian atau  perjanjian damai sewaktu menghadapi peperangan dengan musuh.  Ini dapat difahami daripada ayat-ayat yang berkaitan dengan kalimah as-Salm. Persoalannya, mengapa di dalam al-Quran terdapat situasi yang umat Islam tidak dianjurkan berdamai?

Aku & Hadis – Benarkah Sahabat Nabi Umpama Bintang? (m.s. 92)
Sahabat Nabi SAW merupakan golongan yang diangkat tinggi kedudukannya oleh Allah SWT baik di dalam al-Quran mahupun di dalam hadis. Antara hadis yang menyebut tentang kedudukan istimewa mereka ialah hadis Nabi umpama bintang. Bagaimana status hadis tersebut?

Halaqah Muamalat – Bolehkah Usaha Sama Pertanian Akad Muzara’ah? (m.s. 106)
Satu amalan yang biasa berlaku dalam masyarakat kita dahulu ialah seorang pemilik tanah menyerahkan tanahnya kepada seseorang untuk mengusahakannya. Setelah mengeluarkan hasil, ia dibahagi dua antara pemilik dan pengusaha. Adakah perbuatan ini bertepatan dengan ajaran Islam atau tidak? 

Tweet Dr. Asmadi – Hukum Pinggan Bersalut Emas & Perak (m.s. 108)
Apa hukum menggunakan pinggan mangkuk bersalut emas? Bagaimana pula hukumnya menggunakan emas sebagai perhiasan masjid dan perhiasan-perhiasan istana? Bolehkah digunakan emas sebagai gigi palsu?

Taman Ilmu – Muhaddis Maulana Yunus Saharanpuri (m.s. 114)
Jika sesiapa bertanya siapakah muhaddis India atau Pakistan yang paling alim sekarang? Maka jawapannya tidak lain dan tidak bukan ialah Maulana Yunus Saharanpuri. Tahukah anda siapa Muhaddis Maulana Yunus Saharanpuri ini?






Thursday, August 1, 2013

MAJALAH Q&A Bil 20


KANDUNGAN MENARIK:



  1.BERJIRAN DENGAN NON-MUSLIM – Hukum Dan Persoalannya
-          Nabi mengajar kita supaya sentiasa berbaik dan hormati menghormati  dengan jiran tetangga juga kepada tetangga yang bukan Islam.

Temubual /Soal jawab Isu bersama Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin.
-          HUKUM BELA ANJING Dalam situasi di bandar kebanyakan kita tinggal di kawasan perumahan yang berbilang kaum. Non- Muslim bela anjing – kita tidak boleh terus tegur mereka sebab mereka tidak semua boleh terima teguran, sebaiknya kita lapor kepada majlis bandaraya, dan mereka yang akan datang menasihati tetangga kita. Dalam aduan ini nama kita akan dirahsiakan.

-          TINGGAL SERUMAH DENGAN NON-MUSLIM -  Bagaimana aurat wanita Islam dengan Non-Muslim terutama yang melibatkan anak-anak kita yang tinggal serumah dengan yang bukan Islam TERUTAMA DI KOLEJ LUAR NEGARA? – Wajib tutup aurat sepanjang bersama mereka, kalau masa tidur aurat terselak tanpa sengaja dimaafkan. Penting tutup aurat sebab kita tidak mahu kalau kita dedah aurat mereka akan ambil foto dan sebar-sebarkan. Ini akan jadi fitnah.
(ms 17)
-          HUKUM GUNA SAMA PERALATAN  PINGGAN MANGKUK DENGAN TEMAN SERUMAH BUKAN ISLAM – Boleh guna sama , selagi   KITA TIDAK NAMPAK mereka letak makanan haram dalam pinggan tersebut.

-          JIRAN BUKAN ISLAM MENGADU AZAN BISING – Untuk isu nasional seperti azan, non-muslim tidak wajar mengadu tentang azan yang berkumandang setiap waktu solat kerana azan telah dilaungkan ratusan tahun di Malaysia.

Walau bagaimanapun sebagai satu inisiatif, masjid dan surau sewajarnya menggunakan sistem pembesar suara yang baik dan bermutu supaya ‘sedap’ didengar dan menarik minat kepada non-muslim.
-          14  tip berjiran menurut Imam al-Ghazzali. (ms 21)
-          3 Syarat Rai Perayaan Non-Muslim – sila rujuk ke ms 18 dijelaskan bahawa: Bukan berkaitan perayaan keagamaan, tiada unsur syirik dan tiada mungkar.
-          Ketahui 3 Jenis Jiran – dan kita dikategori jiran yang mana?

2.      Senyum Pagi – Ustaz Kazim (ms 6) memberi panduan teknik menegur Isteri.
Suami isteri jika hendak menegur kesilapan pasangan jangan tegur di hadapan anak-anak. Tegur pasangan dalam bilik atau bawa keluar jalan-jalan. Ini bertujuan supaya anak-anak tidak memperlecehkan pasangan kita.


3.      Kuliah Oxford oleh Syeikh Dato’ Ar. Afifi Al-Akiti
Persoalan berkaitan: Adakah terbatal puasa jika kita berniat untuk berbuka puasa? Tidak batal sebab baru berniat, sebab syarat batal puasa  ialah apabila seseorang itu melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

PERSOALAN: BOLEHKAH BERNIAT MEMBATALKAN SOLAT SEPERTI NIAT NAK BATALKAN PUASA?
(rujuk jawapan di ms 28)

4.      Paradigma bersama Ustz Muhadir (ms 30)
Bolehkah menggerak-gerakkan badan ketika berzikir. Ada yang mengatakan perkara ini bidaah dhalalah (sesat) sedangkan para ahli ilmu dan orang awam zaman dahulu pernah melakukannya. Untuk maklumat lanjut rujuk ms 30.

5.      LENSA – FOTO EKSKLUSIF Ziarah Ilmiah dan Pengajian Kitab Jawi NARATHIWAT.
Mengimbau kekuatan tradisi Islam di Kalangan Bangsa Melayu melalui pengajian kitab, ziarah pondok dan hubungan dengan ulama.  Syeikh Fahmi Zamzam membimbing 200 tetamu pengajian Kitab Hidayatus Salikin dan Bekal Akhirat selama  empat hari di Madrasah Darul Quranulkarim, Belukar Sena, Narathiwat.
Dibawa melawat makam Syeikh Abdus Samad al-Falimbani, pengarang kitab Hidayatus Salikin di Ban Trap. Makam terletak dalam kawasan kebun getah orang Buddha. (ms  37, 38 dan 39).

6.      Drama Iktibar  - Kembara Ustaz Fadli Yasin berdakwah di bumi Sabah. Catatannya pada kali ini mengisahkan seorang pemotong kayu yang ikut sama ke hutan memotong kayu-kayu untuk mendirikan masjid di Kampung Padang, Mukim Sepulut, daerah Nabawan, Pensiangan Sabah. Terkesan dengan akhlak orang Islam akhirnya saudara Joseph sekeluarga telah memeluk Islam. Kepakaran beliau ialah mampu memotong kayu sehingga menjadi papan lapis yang cantik dan kemas.

 JIMAT JIMAT TEMPAH SEGERA !
DAPATKAN PAKEJ ISTIMEWA BUKU MASAKAN TERBITAN GALERI ILMU.
 BELI TERUS DARI GIMG KERANA BEZA HARGA SANGAT BANYAK.
(rujuk iklan ms 117 dalam majalah ANIS)