Wednesday, April 17, 2013

Majalah Q&A Bil. 17: Kesalahan Memahami Keringanan Solat


Q&A Bil. 17

Isu 1 – Rukhsah: Peluang Beramal dalam Keadaan Tidak Mampu (m.s. 10)
Islam agama yang mudah. Syariat Islam datang dengan tujuan untuk memudahkan kehidupan manusia. Rukhsah disyariatkan apabila umat Islam ditimpa kesukaran. Antaranya kerana musafir, ketika hujan, ketakutan dan ketika sakit. Ketika bermusafir, kita dibenarkan berbuka puasa Ramadan, meratakan wuduk dengan hanya menyapu khuf selama tiga hari tiga malam, serta jamak dan qasar solat wajib. Ikuti kupasan dalam memahami rukhsah sebagai satu peluang untuk kita terus beramal.

Isu 2 Keuzuran – Rukhsah dan Azimah - (m.s. 11)
Sekiranya hukum rukhsah (kelonggaran) tidak wujud, umat Islam pasti akan binasa ketika berdepan dengan suasana kecemasan atau darurat. Azimah  pula merupakan perintah asal sesuatu hukum tetapi dibatalkan atau diubah bentuknya disebabkan keadaan darurat. Dapatkan jawapan kepada asas kepada hukum rukhsah yang merupakan hak hamba dalam kurnia dan kebijaksanaan Allah juga azimah yang merupakan hak Allah atas hamba-Nya dalam persoalan isu ini.

Isu 3 – Soal Jawab Ruksah Solat (m.s. 16)
Bersama dalam bicara ilmu bersama Ustaz Fadzil al-Yamani berkaitan dengan persoalan-persoalan umum berkaitan dengan solat.

Aku & al-Quran - Bahasa Dalaman (m.s. 6)
Cuba perhatikan bahasa dalaman kita setiap hari. Sebagai contoh ketika memandu, orang di belakang membunyikan hon. Cuba dengar bahasa itu.  Kita akan menjadi panas, marah, sakit hati dan kalau tidak dikawal, bahasa itu akan terus-terusan membentuk bahasa-bahasa negatif yang lain.

Aku & Hadis – Bolehkah Tidak Berhukum Dengan Hadis Sahih? (m.s. 20)
Amat sukar untuk kita mendakwa dan menetapkan bahawa ada hadis sahih yang ditinggalkan atau tidak diamalkan oleh Imam asy-Syafi‘i mahupun para ulama Mazhab Syafi‘i tanpa sebarang hujah dan alasan yang kukuh.
Hadis Akhir Zaman -  Wanita Berkerjaya; Petanda Akhir Zaman  (m.s 23)
Cara  hidup pada akhir zaman mendorong wanita untuk bekerja di luar rumah. Terutama dalam bidang perniagaan kerana wanita dapat dijadikan ‘daya tarik’ pelanggan. Wanita juga bekerja di luar rumah untuk menambah pendapatan bagi memenuhi tuntutan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Kuliah Oxford – Sampaikah Amalan Yang Disedekahkan Kepada Arwah? – Siri 3  (m.s. 37)
Imam para mufassir di kalangan Sahabat iaitu Ibn Abbas, telah mengisytiharkan bahawa ayat an-Najm ini dimansukhkan oleh ayat lain.

Halaqah Tauhid – Bolehkah Menisbahkan Keburukan Kepada Allah?  (m.s. 46)
Adakah para ulama Ahli Sunnah membenarkan penisbahan tersebut kepada Allah SWT atau tidak? Bagaimana pula jika penisbahan itu digunapakai dalam bidang pengajian sahaja bukan untuk masyarakat umum.

Roger Ustaz Raja – Al-Asy’airah & Al-Maturidiah  (m.s. 48)
Bagaimanakah terbentuknya sebuah entiti pemikiran Islam dalam bidang akidah yang kuat yang dikenali sebagai Ahlus Sunnah wal-Jamaah?

Mutiara Kitab Hikam –   Kaedah Mencapai Cita-Cita   (m.s 68)
Dalam mengejar cita-cita dunia dan akhirat, wajib melaksanakan pelbagai faktor penyebab kejayaan. Tanpa memenuhi pelbagai faktor yang diperlukan, kejayaan tidak akan tercapai. Imam Syafi’i (w. 204H) menegaskan, “Anda mahukan kejayaan, tetapi anda tidak lalui jalan-jalannya, sesungguhnya kapal laut tidak akan dapat belayar di daratan.”

Anjung Al-Atrak – Adab Dengan Masa (m.s. 70)
Pengalaman penulis bertandang ke rumah seorang ulama besar hadis di Mesir iaitu al-Alim al-Allamah Doktor Syeikh Saad Jawish hafizahullah yang sedang sakit. Kehadiran yang pada mulanya hanya untuk berziarah bertukar menjadi majlis ilmu.

Halaqah Suluhan Ibadah – Perlukah Mengqadha Solat Yang Ditinggalkan Dengan Sengaja?   (m.s 72)

Ada sesetengah orang yang mengatakan bahawa solat hanya diqadha jika terlupa atau tertidur. Solat yang ditinggalkan dengan sengaja tidak perlu diqadha kerana tidak ada dalil daripada al-Quran mahupun hadis. Apakah pandangan ulama dalam perkara ini?

Soal Jawab Bersama Syeikh Nuruddin – Kahwin Lari  (m.s. 76)
Adakah sah perkahwinan di selatan Thailand tanpa persetujuan wali, dengan erti kata lain kahwin lari? Apakah yang menyebabkan tanggungjawab wali akan berpindah kepada wali hakim?

Perspektif –   Al-Imamah   (m.s. 78)
Setelah memperakui kepentingan imamah sebagai keperluan yang mendesak dan utama, Syiah berselisih dengan Ahlus Sunnah wal-Jamaah berhubung status kesabitannya. Syiah melihat bahawa ia sabit melalui nas daripada Allah SWT.

Alam Akhirat – Hadiah Buat Pengabai Solat (m.s. 83)
Apakah sikap dan pemahaman kita menangani solat masih di tahap ‘main-main’ setelah mendengar ancaman Allah tentangnya?

Halaqah Firman –  Jisim Yang Hidup Dan Jasad Yang Mati  (m.s. 86)
Kalimah al-Jism dan al-Jasad merupakan dua istilah yang hampir sama dari aspek makna dan hurufnya. Ia digunapakai untuk badan atau tubuh manusia. Namun apabila al-Quran menggunakan kedua-dua istilah ini maka ia tentunya menunjukkan maksud yang berbeza.

Fiqh an-Nissa’- Berbezakah Aurat Di Luar dan Di Dalam Solat?  (m.s. 88) 
Sekiranya pakaian itu menutupi kulit tetapi menampakkan ukuran badan seperti lutut, punggung dan seumpamanya, sah solatnya kerana wujudnya penutupan. Apa pula beza aurat di dalam solat dan di luar solat?

Jalan Tengah – Penggunaan Kalimah ALLAH Bagi Orang Kafir (Khususnya Kristian) -Siri 3-  (m.s. 94)
Orang-orang Kristian di Malaysia khususnya tidak rugi jika tidak menggunakan kalimah ‘Allah’ bagi merujuk kepada tuhan sembahan mereka. Padahal, di pihak masyarakat awam Islam di Malaysia pula, ia boleh membawa kepada kekeliruan.

Halaqah Tasawuf –    Transformasi Rohani (m.s. 97)
Transformasi perlu kepada keinginan, kesungguhan, semangat yang tinggi dan mujahadah berterusan untuk berubah atau apa yang sering disebut sebagai ‘himmah’.

Taman Ilmu –  Maulana Abul Hasan Ali an-Nadwi (1913-1999)   (m.s. 99)
Sama-sama kita kenali tokoh pemikir Islam, penulis, pendakwah, sejarawan dan juga seorang sasterawan kelahiran Uttar Pradesh, India yang diakui kewibawaannya di persada antarabangsa.






No comments:

Post a Comment