Thursday, February 7, 2013

Q&A Bil 15 : TINGGINYA NILAI IKHLAS

1. Hadis Akhir Zaman -Imu Agama Akan Beransur Hilang
Sekarang ini alim ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninglkan kita. Kalau peribahasa ada mengatakan 'patah tumbuh, hilang berganti', maka peribahasa ini tidak tepat berlaku kepada alim ulama, kerana kita banyak kehilangan ulama namun sayang seribu kali sayang pemergian mereka tidak dapat digantikan oleh yang lain.

2. Aku dan Quran -Manual Terbaik Untuk Manusia Terbaik
semua perkara yang dicipta perlu ada modal atau menualnya : seperti kereta, mesin dan sebagainya. Demi memastikan kereta tersebut berjalan dengan lancar dan terbaik, ia perlu mengikuti manual tersebut. Apa manual sebenar untuk manusia?

3. Alam Akhirat -Cuaca Hari Kiamat.
Saat kepanasan mencapai tahap yang yang maksima ini, kita hanya mapu mengharap naungan daripada Allah tetapi layakkah kita memilikinya?

4. Anjung Atrak - Cerita Di Sebalik Dubuk, Unta dan Singa.
 Apa rahsia di sebalik nama mereka yang pelbagai bagi sesetengah binatang dalam bahasa Arab? Bagaimana pula perbahasan ualam tentang hukum memakannya?

5. Bicara Mufti - Relevankah Perpaduan Antara Syiah Dan Ahli Sunnah?
Perhubungan Ahli Sunnah dan Syiah sama ada rengang atau erat berpunca daripada ideologi dan juga akidah bukannya disebabkan dasar hubungan sosial. hakikatnya, orang-orang awam di kalangan Ahli Sunnah dan Syiah tidak mendalami ideologi-ideologi mazhab akidah dan juga tidak memahami tentang pemikiran.

6. Celak Mata - Apa hukum pergi ke kuil untuk mengambil gambar semasa sambutan Thaipusam?
Mantapkan ilmu akidah terlebih dahulu dengan kekurangan ilmu adalah membahayakan. Kalau sudah mantap dengan pengetahuan agama semua perkara menjadi mudah atas kita semua.

7. Disiplin Ilmu -Kriteria Seorang Guru
Allah SWT adalah 'guru' yang mutlak dan 'guru' Yang Maha Alim. Dialah yang mengajar manusia apa yang manusia tidak ketahui dan apa perlu manusia ketahui.

8. Bolehkah Lelaki Bersalaman Dengan Wanita Tua.
Rasulullah SAW pernah berbaiah dengan golongan wanita beriman dan tangan Baginda tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali ketika baiah. Apakah ada pendapat yang membenarkan?

9.Halaqah Muamalat -Memahami Kontrak Sewaan.
Apa itu ijarah?Apa rukun dan syarat-syarat manfaat yang boleh ditukarkan dengan harga?

10. Halaqah Suluhan Ibadah - Hukum Mengaakhirkan Solat Isyak.
Terdapat segelintir kecil jemaah yang kirang suka jika kuliah Magrhrib dipanjangkan sedikit ketika sudah masuk Isyak dengan anggapan adalah lebih afdal solat Isyak pada awal waktunya. Apa pandangan ulama tentangnya?



No comments:

Post a Comment