Thursday, January 17, 2013

Petunjuk Gangguan Jin

Syaitan itu musuh utama manusia. Ia akan berusaha sedaya upaya untuk mengganggu dan memerangkap manusia tidak kira saat tidur mahupun jaga. Syeikh Hamdy ad- Damardasy, seorang tokoh perubatan Islam menyebut, “Apabila terhimpun tiga tanda pada waktu tidur dan dua tanda pada waktu jaga maka kita mungkin sahaja dapat mengatakan yang seseorang itu telah diganggu oleh jin atau syaitan.”

Namun jika diperhalusi dengan teliti, gangguangangguan jin ini boleh dikenalpasti melalui tanda dan simptom yang pelbagai.

Apakah tanda-tanda gangguan jin ketika jaga?

>>Tanda-tanda gangguan jin ketika jaga, boleh kita bahagikan kepada beberapa bahagian seperti:

KLIK DI SINI untuk mereka yang mahu mendapatkan isu 12

PERTAMA: PANCAINDERA
 Kepala
Mudah hilang akal, kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan. Kadang-kadang ia
 lidahnya.
Pening yang tidak dapat diubati oleh ubat-ubatan (biasa).
Kelupaan atau sakit kepala ketika solat.
Tidak menumpukan fi kiran kepada sesuatu.
Pening berterusan yang bukan berpunca daripada sakit mata, telinga, hidung, gigi, kerongkong ataupun perut.
􀀛 Mata
Merasai sesuatu yang ganjil seperti gambar yang seolah-olah bergerak-gerak.
􀀛 Hidung
Benci kepada bau-bauan wangi terutamanya kasturi dan za’ faran.
􀀛 Mulut
Bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab.
Suara berubah ketika marah.
Cara makannya menjijikkan.
Bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukanbukan dan bertindak tidak tentu hala. Apabila syaitan berpaling daripadanya, anda dapati dia akan meminta maaf terhada percakapannya atau tingkah lakunya.

KEDUA: DALAMAN
Berpaling daripada (sukar) membaca al-Quran. Tidak berzikir dan tidak bersolat. Apabila hendak beribadah, seolah-olah ada sesuatu yang menghalang daripada berbuat demikian.
Bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya.
Malas dan lemah badan (tanpa sebab).
Denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab.
Sedih tanpa sebab atau kerana alasan yang remeh.
Suka memisahkan diri daripada orang ramai kerana berasa seolah-olah semua orang memusuhinya dan dia mudah hilang kepercayaan terhadap orang lain.
Bagi wanita, perjalanan haidnya tidak teratur. Ada kala darah haidnya terhenti sama
sedangkan dia masih muda. Kadang-kadang haidnya tidak teratur seperti pada waktu yang tertentu darahnya keluar banyak dan pada masa yang lain pula ia akan keluar sedikit.
Suka berada lama di dalam tandas atau bilik air.
Was-was.
Lekas marah dan mudah melakukan kesilapan.
Didorong oleh suara hasutan syaitan untuk melakukan maksiat seperti membunuh atau berzina.
Merasakan seolah-olah ada sesuatu yang mengikutnya.

KETIGA: LUARAN
Berjalan terhoyong-hayang.
Mengabaikan kerja, rumah tangga, sekolah atau universiti.
Lenguh-lenguh seluruh badan berserta dengan malas yang bersangatan dan tidak berdaya.
Semut-semut badan atau lenguh dengan cara luar biasa.

Bagaimana pula tandatanda gangguan jin tidur?
􀀗 Gangguan jin boleh berlaku sebelum dan semasa hendak tidur. Biasanya seseorang itu
susah hendak tidur malam kecuali setelah lama berbaring. Mereka juga akan kerap terjaga pada waktu malam. Semasa tidur, ada yang bercakap-cakap atau keluar suara tertentu seperti suara yang tidak jelas misalnya suara sedang marah-marah atau mengeluh. Sesetengah yang lain pula akan bangkit dan berjalan ketika tidur tanpa sedar. Ketika bangun tidur pula, sering berlaku sakit tulang tanpa sebab-sebab kesihatan. Beberapa anggota kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan.

Adakah gangguan juga berlaku melalui mimpi?
􀀗 Ya. Gangguan boleh juga berlaku melalui mimpi.

Antaranya:
Mimpi yang menakutkan dalam pelbagai rupa atau mimpiyang menyedihkan.
Bermimpi berjalan di atas airatau darah.
Mimpi yang berulangulang sehingga ia merasakan kesempitan jiwa atau seram atau takut.
Bermimpi dengan mimpi yang benar-benar berlaku seperti bermimpi seseorang itu sakit atau mati dan kemudiannya benar-benar berlaku. Hal tersebut memberi kesan negetif terhaadap jiwanya.
Mimpi berjumpa haiwanhaiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala dantikus.
Bermimpi seolah-olahnya jatuh dari tempat yang tinggi.
Bermimpi berada di kawasan perkuburan atau kawasan sampah atau jalan yang sunyi (lagi menakutkan).
Mimpi melihat manusia yang bersifat pelik seperti terlalu tinggi atau terlalu rendah atau melihat manusia hitam.

MIMPI BURUK
Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Apabila seseorang mengalami mimpi
buruk, hendaklah dia;
• Meludah ke kiri tiga kali
• Berlindung kepada Allah daripada syaitan yang
terkutuk (membaca isti’azah)
Beralih tidur ke posisi sebaliknya. (Riwayat Muslim, Abu Daud,
Nasa’i dan Ibnu Majah)

Dalam hadis riwayat Abu Said al-Khudri disebut bahawa jika bermimpi sesuatu yang buruk, jangan menceritakan mimpin tersebut kepada orang lain kerana mimpi itu tidak akan memberi mudarat baginya.

Artikel Misteri Alam Jin pada keluaran 14: 'MEDISEN' Harganya Terlalu Mahal
Ustaz Abdul Majid Hassan
Perawat Akademi Rawatan Islam
Nur Ehsan (AKRINE

Monday, January 14, 2013

Q&A Bil 14 : Mukmin Sebagai 'YB'


Kandungan menarik Q&A ISU14: Mukmin Sebagai 'YB'



1.      Isu: Hidup Sebagai YB (m.s 11)
Senario hidup masyarakat moden, orientasi hidup sangat berfokus kepada diri sendiri. Manusia rasa selesa hidup dalam zon nafsi-nafsi. Tiada ruang buat menumpahkan khidmat kepada individu lain dengan sejujur-jujurnya. Kalaupun ada, ia sebagai pilihan sampingan bukan sebagai satu misi utama. Bagaimana Islam memandang persoalan ini? 

2.      Aku dan Hadis: Mulakan Kerja Dengan Bismillah (m.s 78)
Apa kedudukan sebuah khabar atau hadis yang berbunyi,  “Setiap urusan yang mempunyai tujuan, yang tidak dimulai dengan Bismillahir rahmanir rahim, ia dianggap terputus (barakahnya)”? Adakah benar ia hadis atau tidak?

3.      Celak Mata: Wujudkah Mandi Sunat Taubat? (m.s 87)
Bagaimana cara yang sebenarnya perlu dilakukan oleh seorang hamba yang ingin bertaubat? Adakah perlu mandi sunat terlebih dahulu? Turut dijawab beberapa persoalan mudah dalam masyarakat seperti hukum beristighfar dan bersalaman ketika mendengar khutbah dan pelbagai lagi.

4.      Taman Ilmu- Dari Oxford ke Gombak (m.s 42)
Apa yang dimaksudkan dengan graduan yang digelar sebagai ‘blanket specialization’ (pengkhususan yang membelenggu) dan Public engagement? Ikuti kupasan yang menarik daripada Syeikh Dr. Afifi al-Akiti berhubung kemahiran yang perlu dimiliki oleh umat Islam sekarang.

5.      Displin Ilmu- Siapa Penjaga Tradisi Ilmu Islam? (m.s 72)
Sejauh mana golongan seperti  ulama hadis dan para ilmuwan Islam dalam  mengembang dan menggagaskan pelbagai ilmu yang difahami daripada kandungan wahyu dan hadis yang disampaikan.

6.      Mimbar- Kita Diajar Untuk Mendengar! (m.s 40)
Ramai di kalangan Sahabat radiyallahu ‘anhum menghafal al-Quran hanya setelah mendengarnya. Mereka berdakwah berdasarkan apa yang mereka dengar kerana kebanyakan mereka tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis. Hayatilah beberapa kelebihan menjadi pendengar.

7.      Hadis akhir Zaman- Pembukaan Kota Konstantinople (m.s 23)
Ketika Dajjal berkuasa di dunia dan menguasai Kota Istanbul maka Imam Mahdi dan tentera Islam akan muncul untuk membuka semula Kota Konstantinopel buat kali kedua sebelum terjadinya tanda-tanda kiamat yang besar.

8.      Halaqah Suluhan Ibadah- Bolehkah Menyebut Sayidina Untuk Nabi SAW? (m.s 70)
Persoalan menambah taswid (sebutan Sayidina) ketika berselawat ke atas Nabi di dalam solat dan di luar solat telah lama dibincangkan. Para ulama membolehkan malah menyebutnya boleh mendapat pahala. Apa hujah-hujah mereka?

9.      Kitab Turats- Hikam Tok Pulau Manis. (m.s 119)
Kitab al-Hikam sememangnya tidak asing lagi di dunia Melayu kita semenjak dahulu lagi. Kitab ini digunakan di pondok-pondok pengajian agama di tanah Melayu, Selatan Thailand dan Indonesia. Kitab ‘Syarah Hikam Tok Pulau Manis’ merupakan terjemahan dan ulasan yang sering menjadi rujukan.

10.  Mutiara Kitab Hikam- Bahaya Berguru Orang Yang Tidak Cukup Syarat (m.s 51)
Hati-hati memilih guru. Pandangan guru yang tidak cukup syarat selalu terkeliru sehingga perkara-perkara yang benar dianggap sebagai salah atau sebaliknya perkara salah dianggap benar.

11.  Paradigma - Sambutan Maulidur Rasul Ada Asas Daripada Syarak (m.s 58)
Tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun sering ditunggu-tunggu oleh para pencinta Rasulullah dengan diadakan majlis sambutan Maulidur Rasul atau Maulid Nabi. Malah ia telah menjadi acara rasmi pihak kerajaan Malaysia sejak dahulu lagi. Apa asasnya menurut syarak?

12.  Adab- Bolehkah Memakan Zirafah? (m.s 89)
Mungkin sudah ramai mengetahui tentang binatang ini cuma tidak secara terperinci berdasarkan pandangan para ulama terdahulu. Apa pandangan ulama Islam berhubung dengan hukum memakan zirafah?

13.  Perspektif-  Bolehkah Meriwayatkan kisah Israiliyyat? (m.s 19)
Israiliyat bermaksud semua perkara yang disandarkan kepada Bani Israil sama ada riwayat, cerita ataupun hikayat yang berkaitan dengan kejadian makhluk, kisah para nabi, sahsiah atau umat yang terdahulu dan sebagainya. Apa pembahagian Israiliyat dan bolehkah meriwayatkannya?

14.   Bicara Mufti- Benarkah Wujud Ajaran Parsi Dalam Syiah? (m.s 4)
Orang-orang Parsi telah biasa melihat raja mereka dengan pandangan ‘suci’ lalu dengan pandangan inilah, mereka melihat Sayidina Ali dan keturunannya.

15.  Aku dan Quran- Khidmat Untuk Manusia Atau Untuk Tuhan Manusia? (m.s 83)
Cuba tanya diri kita kenapa kita bekerja? Saya pernah membuat soal-selidik yang sama kepada ramai peserta kursus. Kebanyakannya menjawab, kerana mencari pendapatan dan sebagainya. Terlalu sedikit yang menjawab spontan, saya bekerja kerana Allah.

16.  Wahai Rasulullah- Muraqabah; Sunnah Rasul Dan Orang Terpilih! (m.s 21)
Rasulullah SAW banyak mengajarkan kita muraqabah yang sebenar. Apa itu muraqabah? Bagaimana cara memiliki sifat muraqabah?

17.  Senyum Pagi- Syoknya Mengumpat. (m.s 9)
Mengumpat atau ghibah boleh berlaku sama ada disedari atau tidak. Ia bermaksud menceritakan atau menyebut keburukan seseorang kepada orang lain.  Apa kaedah untuk mengelak daripada mengumpat?

18.  Merentas Misi- Islam Agama Milenia Baru (m.s 25)
Islam dilihat sebagai agama yang berkembang pesat di Eropah. Sebahagian besar daripada perkembangan ini disumbangkan oleh ‘rencana jahat’ musuh Islam terhadap Islam. Apa maksud rencana jahat tersebut?

19.  Hadis 40- Kebenaran Rasulullah Dalam Keajaiban Ciptaan Manusia. (m.s 27)
Hadia 40 kali ini meyambung kupasan yang lalu berhubung peringkat penciptaan manusia yang kedua dan ketiga iaitu alaqah dan mudghah. Apa keajaiban kalimah ini dari segi bahasa Arab dan bagaimana ulama Islam memahaminya?

20.  Lensa- Pengajian Akbar Kitab Hidayatus-Salikin (m.s 29)
Program yang julung kali diadakan oleh Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam di Pondok Pesantren Yasin, Kalimantan Selatan ini mendapat sambutan ribuan jemaah dari empat negara iaitu Malaysia, Thailand, Brunei dan Indonesia.

21.  Breaking The Code:- Protokol Yahudi (m.s 64)
Dokumen yang paling banyak disebut-sebut oleh mereka yang tertarik kepada teori Kekuasaan Sedunia Kaum Yahudi’ adalah sebuah dokumen yang disebut ‘protokol’. Apa kandungan dokumen ini?

22.  CEO : Tadika Islam Formula Genius Aulad (m.s 66)
Kesukaran mencari sebuah tadika Islam untuk anak-anaknya yang memberi keutamaan kepada pembelajaran bahasa Inggeris memberikan inspirasi kepada Puan Zaliza Alias mengasaskan sebuah tadika Islam hingga mempunyai rangkaian yang semakin berkembang. Hakikatnya bukanlah suatu tugas yang mudah untuk menarik minat kanak-kanak seawal usia tiga tahun hadir ke sekolah, tetapi team Genius Aulad berjaya melakukannya. Bersama selusuri misi beliau selaku Pengarah Eksekutif Genius Aulad.