Thursday, December 27, 2012

Monday, December 17, 2012

Q&A Bil 13 : Rasulullah Bukan Manusia Biasa

" AKU NABI PEMBAWA RAHMAT"

Kandungan menarik Majalah Q&A Isu 13: -


      1. Isu : Sayang dan Rindu Kepada Rasulullah (m.s 12)
Kita tahu bahawa mencintai Rasulullah SAW termasuk dalam kesempurnaan iman. Rasullullah bersabda, daripada Anas bin malik, “Tidak sempurna iman seorang kamu sehingga aku menjadi orang yang paling dikasihinya lebih daripada dia sayang pada dirinya, ibubapanya, anak-anaknya atau manusia lain.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Apabila perasaan kasih dan sayang kepada Rasulullah SAW merupakan persoalan iman, ia perlu dibaja dengan sebaik mungkin. Perasaan rindu sebagai bukti bahawa adanya perasaan sayang di dalam hati seseorang. Ada rindu ada sayang, tiada rindu tiadalah sayang.

2. Aku Dan Hadis. (m.s 77)
Terdapat sebuah hadis yang popular dan sering digunakan bagi menggalakkan masyarakat Islam menceburi bidang perniagaan. Hadis dengan lafaz di atas didapati dicatatkan oleh Imam al-Ghazali (w. 505H) di dalam kitabnya yang terkenal, Ihya' ‘Ulumiddin. Apa status hadis ini? Sahih atau palsu?

3.  Aku dan al-Quran. (m.s 82)
Kebolehan membayangkan (kuasa imaginasi), penggunaan intuitif, pemahaman secara menyeluruh objektif kehidupan berdasarkan dalil-dalil al-Quran dan sunnah, semua ini adalah keupayaan otak kanan. Mengapa manusia kurang kreatif? Adakah semata-mata kerana kurang menggunakan otak kanan?


      4. Asmaul Husna. (m.s 32)
Bagaimanakah manusia mampu memahami Allah dengan nama-nama-Nya? Mengetahui, memahami dan meyakini sifat dan nama Allah SWT merupakan jalan kepada manusia untuk mengenal-Nya. Pengetahuan berkenaan sifat dan nama ini merupakan saluran bagi manusia untuk mengenal Allah SWT secara langsung.

5.      Bicara Mufti. (m.s 5)
Benarkah Syiah berasal dari Yahudi? Syiah sebagai suatu akidah dan pemikiran tidak lahir sekaligus. Ia berkembang mengikut peredaran masa dan melalui beberapa peringkat. Ramai pengkaji dahulu dan sekarang menegaskan bahawa Ibnu Saba’ adalah pengasas bagi Mazhab Syiah.

6.      Da’i Moden. (m.s 75)
Seorang pendakwah perlu memahami konsep al-Hikmah, al-Mauizah dan al-Jidal dalam berdakwah. Apa maksud istilah di atas?

7. Debaran Mabrur (m.s 102)
Hukuman atau denda terhadap sesiapa yang melakukan kesalahan adalah perkara biasa. Demikian juga dalam ibadah haji. Sesiapa yang melakukan kesalahan seperti melakukan perkara yang dilarang ketika sedang berihram, akan dikenakan denda atau ke dam ke atasnya. Apakah maksud dam?

8. Disiplin Ilmu (m.s 81)
Islam adalah agama yang mencakupi tiga komponen utama iaitu iman, Islam dan ihsan, atau disebut berdasarkan bidang ilmu yang berkaitan sebagai akidah, fikah dan akhlak. Apa peranan ilmuan Islam dalam mengembangkan ilmu ini?

9.  Fiqh Annisa. (m.s 84)
Sesetengah wanita mengandung mendapati darah keluar dari farajnya seperti darah haid. Oleh kerana tidak ada nas yang nyata, maka ulama memberikan pendapat berdasarkan ijtihad masing-masing, adakah darah itu dikira haid ataupun istihadah (penyakit)?

10.  Hadis Akhir Zaman. (m.s 119)
Antara peristiwa akhir zaman adalah syiar-syiar Islam diinjak-injak di beberapa buah  tempat namun di tempat lain syiar-syiar Islam masih lagi gagah dan teguh. Walaupun aktivis-aktivis Islam ditindas dan diseksa di suatu tempat, namun di tempat lain mereka masih disanjung dan dihormati.

11.  Halaqah Faraid. (m.s 54)
Bagaimanakah anak lelaki mewarisi pusaka? Bahagian anak lelaki tidak tetap dalam agihan pusaka mengikut hukum faraid. maksudnya bahagian anak lelaki tertakluk kepada kedudukan sesuatu kes iaitu perlu dilihat siapakah yang turut mewarisi bersama anak lelaki itu.

12.  Halaqah Firman. (m.s 8)
Perbezaan satu huruf memberikan maksud yang berbeza dalam bahasa Arab. Apa perbezaan antara kalimah al-Ibad dan al-Abid dalam al-Quran?

13.  Halaqah Hadis 40. (m.s 30)
Dalam perubatan moden, ilmu yang membincangkan proses kejadian embrio hanya berlaku pada abad kelima belas Masihi. Namun, perkara ini telah disentuh di dalam hadis Nabi SAW dengan begitu terperinci.


      14.  Halaqah Muamalat.(m.s 104)
Kita kerap mengatakan ‘aku hutang’ dan ‘aku pinjam’ terhadap sesuatu benda? Sebenaranya ada syarat-syarat yang membezakan antara benda yang dihutang dan dipinjam. Apakah syarat-syarat tersebut?

15. Halaqah Suluhan Ibadah. (m.s 69)
Mengangkat jari telunjuk ketika membaca tasyahhud awal dan akhir adalah sunat. Pelbagai cara ketika mengangkatnya mengikut pandangan mazhab. Bagaimanakah cara mengangkat jari telunjuk ketika tasyahhud?

Saturday, December 8, 2012

Q&A Bil 12 : Indahnya Hidup Dengan Memberi

Kandungan menarik dalam Majalah Q&A Isu 12 : -

ISU - Zakat : Penyayangnya Allah dalam Perintah-Nya Carilah Keagungan Di Sebalik 2.5%

Apabila kita membuat perbandingan dengan jujur terhad jumlah perintah yang dibebankan kepada kita, ia sangat minima dan sedikit. Apatah lagi apabila dilihat daripada sudut manfaat dan faedah, kita akan akui bahawa perintah dan larangan Allah itu adalah untuk kepentingan hidup kita sendiri juga!
Pemahaman ini sangat penting kerana ia bakal mengubah persepsi kita terhadap perintah Allah ; daripada merasakan ia sebagai beban kepada perasaan seronok dalam beramal. Contohnya dalam berzakat, hanya 2.5% sahaja daripada milik kita yang wajib dikeluarkan tetapi kelebihan serta keuntungan yang bakal diperolehi oleh seorang hamba yang berzakat dengan jumlah zakat yang dikeluarkannya, jauh berlipat ganda dan menakjubkan. Apakah lagi kasih sayang Allah yang ada pada sedikitnya perintah tetapi amat besar ganjaran bagi mereka yang melaksanakan perintah tersebut?

PERSPEKTIF-SOAL JAWAB berkaitan hukum-hukum zakat oleh Lembaga Zakat Selangor
Tajuk : Hidup Berkat Dengan Zakat
Antara persoalan yang perlu kita ketahui:
  • Adakah seorang datuk boleh memberi zakat kepada cucunya yang daif?
  • Adakah kita boleh ke luar negara yang ditimpa musibah kemiskinan?
  • Bagaimana dengan zakat saham?
  • Buka bolehkah diberi kepada waris 'melintang;? Siapa waris melintang itu?
  • Apakah yang dikatakan zakat Mal al-Mustafad?
SYEIKH NURUDDIN JAWAB-Bolehkah Solat Jenazah Untuk Yang Mati Membunuh diri?
Hukum ini tertakluk kepada orang yang membunuh diri itu mengangap membunuh diri itu adalah perlu untuk dirinya dan  boleh (halal). Hukum ini juga bergantung kepada si mati jika dia menganggapnya salah tetapi membunuh diri seperti orang mati kerana mengambil dadah.

MERENTAS MISI - Bukti Jesus Bukan Tuhan
Kita dan penganut Kristian sendiri akan menggaru kepala mencari di manakah dengan jelas Jesusu mendakwa bahawa dia merupakan Tuhan atau anak Tuhan. Adakah penganut Kristian dalami petikan di dalam Bible sendiri tentang tanda yang jelas bagi menggambarkan bahwa Jesus itu hanyalah manusia seperti juga nabi-nabi lain yang diutuskan oleh Allah kepada manusia?

ROGER USTAZ RAJA - Bolehkah Tawassul Dengan Orang Soleh?
Tawassul merupakan suatu perkara yang berkaitan dengan kaedah berdoa dalam Islam tetapi sesetengah pihak cuba menonjolkan ia berkait dengan aspek akidah walaupun sudah dijelaskan bahawa hampir kesemua ulama empat mazhab. Adapun khilaf baru dalam Islam tentang tawassul lahir daripada Ibn Taimiyah yang menyatakan tidak boleh bertawassul dengan si mati sedangkan Rasululah SAW telah pun wafat. Apakah terdapat dalil-dalil yang mengharuskan tawassul kepada Rasulullah SAW dan orang-orang yang soleh?

WAHAI RASULULLAH-Nabiku Dihina? Benarkah Baginda Terhina? Tuan Habib Ali Zainal Abidin menjawab persoalan
Hari ini masyarakat mudah mempersoalkan sejarah-sejarah Nabi dan meremeh-remehkannya. Sesungguhnya orang yang menghina orang lain, apabila hinaan itu tidak ada pada yang dihina, maka orang yang menghina itulah yang terhina dengan kata-katanya.

HALAQAH FARAID - Anak Perempuan Mewarisi Separuh Daripada Harta Si Ayah? 
Ketahui lima perkara antara sebab lelaki memperolehi harta pusaka lebih daripada wanita. Para lelaki apabila mendapat harta pusakan lebih jangan sekali-kali abaikan tanggungjawab menjaga ahli keluaraga perempuan.

SENI PERHUBUNGAN - Apakah feel suami zaman sekarang'pelik-pelik'?
Peningkatan usia, perubahan nilai, peningkatan ilmu pengetahuan, pengaruh kawan-kawan, perubahan gaya hidup dan persekitaran antara penyumbang utama kepada perubahan pada diri seseorang. Hakikatnya satu perubahan yang berlaku akan banyak lagi mempengaruhi perubahan yang lain.