Friday, August 10, 2012

Q&A Bil 8 : Bedah Siasat Puasa

Kandungan Menarik
Mutiara Kata: “Mempunyai wang itu memang baik tetapi lebih baik lagi mempunyai sesuatu yang tidak dapat dibeli dengan wang.” (Budiman)
ISU - Bedah Siasat Puasa
Banyak berlaku di dalam masyarakat kita ibadat bertukar menjadi adat semata-mata. Merujuk kepada ibadat agung seperti puasa yang datang bermusim; kenapa kita puasa? Antara jawapan yang biasa kita dengar, “Bulan Ramadan orang berpuasa, kita pun puasa.” Malah, biasa menjadi ayat ugutan bagi ‘melatih’ anak-anak berpuasa,  “Kalau tak puasa tak boleh raya!” Ini menjadikan puasa yang terbangun bukan benar-benar mengangkat kehambaan kerana tidak selari dengan roh ibadah itu sendiri. 

TWEET DR ASMADI - Status Wang Pertaruhan Calon Pilihanraya.
Setiap kali menjelang Ramadan, umat Islam akan sibuk berlumba- lumba melakukan kebaikan dan ketaatan. Ada juga sesetengah pihak yang ‘menyibukkan diri’ mereka pada bulan ini, dengan mempertikaikan kesahihan amalan-amalan yang kita laksanakan. Allah tidak berkira-kira dengan hamba-Nya tetapi mengapa kita sering berkira-kira dalam membuat kebaikan terhadap-Nya? Jangan biarkan ibadah dan keyakinan kita tercalar kerana kejahilan kita sendiri. Ikuti kupasan al-Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll dalam ruangan Halaqah Suluhan Ibadah. Prof. Madya Dr. Asmadi Mohamed Naim, Dekan Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Universiti Utara Malaysia memberikan jawapan terhadap persoalan di atas dengan menekankan bahawa istilah ‘wang pertaruhan’ adalah tidak Islamik dan perlu ditukar kepada istilah lain. Apakah istilah yang dicadangkan? Dapatkan jawapannya dalam Tweet Dr. Asmadi.

CEO - RB Group: Muslim Ungguli Bisnes Di UK  
Perniagaan yang menekankan prinsip dan nilai Islam di dalamnya turut menjadi wadah dalam menyampaikan Islam. Menerusi perniagaan pintu yang diusahakan di negara Barat yang majoriti penduduknya non-muslim, Dato’ Ahmad Fadzil, pengasas dan Naib Pengerusi Eksekutif Right Balance Group (RB Group) berkongsi kisah, pengalaman dan tip perniagaan dalam ruangan CEO.

SENYUM PAGI Anjing Pandai vs Anjing Bodoh 
Ustaz Mohd Kazim Elias al-Hafiz menjawab soalan mengenai hukum berkaitan dengan binatang yang termasuk dalam kategori najis mughalazzah (berat) iaitu anjing. Situasi hari ini yang dapat dilihat dalam internet, di mana orang Melayu yang sudah pasti orang Islam begitu galak bergambar bersama dengan anjing. Boleh atau tidak orang Islam memelihara anjing bagi tujuan keselamatan dan berburu? Sejauh manakah hukumnya? 

MISTERI ALAM JIN - Bolehkah Berkawan Dengan Jin? 
Dunia manusia dan dunia jin tidak sama tetapi kedua-duanya adalah makhluk Allah SWT. Oleh itu, kita biasa mendengar orang menyebut, “Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia”. Diterima atau ditolak persepsi seperti ini? Apakah persepsi sebenar yang dijelaskan dalam al-Quran?  Misteri Alam Jin ada jawapan yang dicari.

CELAK MATA - Hisap Ganja Wajib Solat 
Ustaz Azhar Idrus ditanya mengenai musuh negara iaitu dadah. Mendirikan solat adalah kewajipan bagi setiap orang Islam yang telah baligh tetapi bagaimana mereka yang telah baligh ini memilih untuk menunaikan solat dalam keadaan khayal. Diterimakah solat mereka ini?  Ustaz Azhar ada jawapannya menerusi ruangan Celak Mata.

MERENTAS MISI - Kristian Bukan Agama Jesus? 
Jesus yang didakwa menjadi asas kepada agama Kristian tidak mengajar ajaran Kristian. Jadi kalau bukan Jesus, siapakah yang mengasaskan ajaran Kristian? Fahami dan amati mengapa salib itu menjadi lambang suci dan simbol kepada agama Kristian ini menerusi ruangan Merentas Misi.