Tuesday, April 10, 2012

Q&A Bil 4 - Dunia Nak @ Tak Nak?

Kandungan Menarik QNA Bil 4

ISU - Dunia Nak ke Tak Nak?
Salah safam enti dunia:  Apa itu “dunia”, apa kesannya terhadap kehidupan kita. Bagaimana dunia boleh jadi akhirat, dan akhirat boleh jadi dunia. Bagaimana dunia ini sepatutnya dilihat? Apakah ciri-ciri dunia di hati? Apa maksud dunia letak di tangan, bukan di hati? Dunia bagaimana yang diterima oleh Islam? Dan apakah harga yang patut dibayar kerana melepaskan dunia? Bagaimana nasib umat Islam yang melepaskan dunia?

BICARA MUFTI - Cabaran syiah
Sejauh mana cabarannya terhadap keselamatan negara?

SENYUM PAGI - Tiru Pakaian Wanita
Hukum lelaki meniru gaya pakaian wanita seperti penjual lelaki mengenakan tudung untuk melariskan jualan. Bagaimana pula jika ada wanita yang meniru gaya lelaki seperti berambut pendek, bersifat seperti tomboy dan sebagainya.

RELAKSASI - Kawal Emosi Dengan Terapi
Terapi emosi dengan al-Quran. Bagaimana? Ketahui perbincangannya dalam RELAKASI bersama ustaz Zawawi Zakaria.

PARADIGMA - Cara Solat | Kita ikut siapa?
Adakah cukup bersolat seperti yang dinyatakan dalam al Quran dan hadis tanpa merujuk kepada cara yang diajar dalam mazhab? Kenapakah terdapat perbezaan di kalangan para sahabat dalam meriwayatkan hadis tentang cara solat Nabi SAW?

MIMBAR - Cerita Tentang Takwa
“Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan jalan keluar...” Apakah yang dimaksudkan ‘jalan keluar’ itu? 

WAHAI RASULULLAH - Sudahkah anda mengharmonikan keluarga seperti Rasullulah SAW?
Keluarga merupakan kelompok pertama dalam membina sebuah masyarakat harmoni, berprestasi, maju dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Sudahkah anda mengharmonikan keluarga seperti Rasulullah SAW? Bersama Ustaz Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid.

POTENSI DIRI - Hayati 7 kunci bagi meningkatkan kefahaman dan keseronokan membaca
Membaca adalah suatu proses interaktif; pembaca yang baik melibatkan diri dalam berdialog dengan teks secara berterusan. Bolehkah movie dihasilkan di dalam minda? Bagaimanakah pengetahuan latar membantu perkaitan antara idea?

FIQH AN-NISA - Anak luar nikah. Apakah hak bapa? 
Apakah hubungan anak luar nikah dengan bapanya (secara biologinya)? Seorang perempuan telah berkahwin, kemudian tidak sampai sembilan bulan dari tarikh perkahwinannya dia telah melahirkan anak. Adakah anak itu dikira anak yang sah kepada suaminya? Ikuti kupasan menarik ini dalam Fiqh An-Nisa bersama Ustazah Maznah Daud yang merupakan Ahli Lembaga Penasihat Ibadah Haji.

MUTIARA AL HIKAM - Bahaya Hawa Nafsu
Syaitan  dan nafsu merupakan rakan kongsi dalam memalimgkan umat Islam dari jalan yang menuju kepada Allah SWT. Apakah hakikat nafsu? Apa pula sifat-sifat nafsu?  Adakah orang soleh juga terpedaya dengan bujukan nafsu?

SULUHAN IBADAH 2 Sunnah Selepas Subuh dan Maghrib 
Ketahui 2 amalan yang mudah tapi besar pahalanya untuk dilakukan selepas solat sunat subuh. Bilakah amalan ini dilakukan? Apakah fadilat amalan yang pertama? Apa pula fadilat amalan yang kedua? Ketahui kupasan melalui Ustaz Muhadir Haji Joll

FARAID - Apakah Hibah, Wasiat dan Pusaka?
Berapa, untuk siapa dan untuk apa? Kebelakangan ini ramai orang asyik bercakap megenai wasiat. Ada yang berkata, "Saya belum berwasiat." Ada pula bertanya, "Apakah saya kena meninggalkan wasiat untuk mengelakkan daripada pergaduhan dalam kalangan anak-anak saya apabila saya mati?"

HADIS AKHIR ZAMAN - Pemimpin Akhir Zaman
Ada 6 Panduan atau ciri-ciri untuk memilih pemimpin pada akhir zaman ini. 

MISTERI ALAM JIN - Berapakah peringkat atau kategori jin?
Bagaimana nak kenal jin? Apakah tugas jin sihir? Apa pula jin saka? Bagaimana berlakunya pewarisan jin saka? Ikuti kisah dan kupasan selanjutnya bersama Ustaz Abdul Majid Hassan (Perawat Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan (AKRINE))