Saturday, March 10, 2012

Q&A Bil 3: Tertib Berguru



Kandungan Menarik Majalah Q&A Bil 3
ISU: Okeykah Google, Wiki & Youtube?
Kita sedang hidup di era serba canggih. Maklumat dianggap seperti udara kerana ia ada di mana-mana. Hari ini dengan hanya menggunakan hujung jari kita telah memasuki dan meneroka ke jendela maklumat yang tiada batasan. Namun apakah semua ilmu yang ingin diteroka ada dipaparkan di skrin komputer? Ikuti kupasan sejauh mana luasnya gelanggang jihad dalam bidang ilmu lewat skrin di alam siber.

ISU: Berguru Dengan Internet O.K @ K.O?
Kemajuan pada abad ke 21 diukur pada kecanggihan teknologi maklumat. Dunia yang dahulunya kelihatan begitu lebar pada pandangan telah jadi tersangat sempit pada abad ini. Segala kemudahan maklumat kini hanya perlu ditaip dan di cari di laman maya tersebut. Apakah ilmu di internet boleh membantu kita mendalami ilmu tanpa perlu berguru? Segalanya terjawab dalam kupasa menarik ini.


Senyum Pagi – Wujudkah Barang Kemas Untuk Lelaki?
Allah SWT mengharuskan pemakaian emas kepada wanita untuk dijadikan perhiasan diri. Walaupun begitu bahagian anggota badan yang boleh ditunjukkan perhiasan tersebut kepada umum hanya pada anggota zahir sahaja iaitu bahagian muka dan dua tangan hingga ke pergelangan tangan. Namun apakah lelaki juga dibolehkan untuk berhias dengan barangan kemas seperti wanita? Ikuti penerangan lanjut daripada Ustaz Kazim Elias berkaitan hal ini.

Celak Mata –Soal Jawab bersama Ustaz Azhar Idrus
Ikuti segmen soal jawab dan kupasan menarik berkaitan hukum-hakam bersama penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus dalam ruangan celak mata Majalah Q&A Bil 3 Mac 2012.

CEO – Roh Solat di Proton
Ruangan CEO kali ini memaparkan kisah kejayaan Dato’ Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir, Pengarah Urusan Proton lebih enam tahun lalu yang berjaya membawa perubahan dalam melonjakkan Proton hingga ke tahap yang membanggakan. Ikuti kisah dan perkongsian cerita daripada Pengarah Urusan Proton, Dato’ Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir.

Roger Ustaz Raja – Di Mana Allah?
Setiap Muslim itu percaya akan kewujudan kuasa pencipta yakni Allah SWT yang menciptakan sekalian bumi serta selurh isi di dalamnya. Namun apakah kita boleh bertanyakan di manakah Dia berada? Roger Ustaz Raja kali ini menjawab persoalan tersebut.

Paradigma – Perlukah Bermazhab?
Ramai daripada umat Islam hari ini tidak tahu kenapa adanya mazhab dalam dunia Islam dan apakah kita perlu bermazhab? Justeru soal jawab kali ini menampilkan Ustaz Muhadir bin Haji Joll bagi menjawab persoalan tersebut dengan penjelasan-penjelasan yang menarik dan perlu diketahui.

Halaqah Suluhan Ibadah – Rahsia Solat Dhuha
Dalam Islam, setiap waktu ada namanya yang tersendiri dan setiap waktu juga ada keistimewaan dan keberkatan. Antara kepentingan mengetahui waku-waktu ini bagi seorang hamba Allah adalah untuk masa beribadah atau menyembah Allah atau masa-masa bertemu Allah. Antara masa yang digalakkan bertemu Allah adalah waktu pagi (dhuha). Namun apakah kita tahu rahsia solat sunat dhuha? Ikuti rahsia disebalik solat dhuha yang menjadi amalan kita selama ini.

Fiqh An-Nisa’ – Perempuan Hamil Zina Bolehkah Dikahwini?
Persoalan menarik dalam ruangan Fiqh An-Nisa’ kali ini menyentuh perihal perkahwinan dengan perempuan hamil zina. Terdapat juga pandangan para fuqaha dalam menyatakan hukum berkahwin dengan perempuan hamil hasil zina ini mengikut mazhab yang berlainan.

Halaqah Munakahat – Idah, benarkah 3 bulan 10 hari?
Soal jawab munakahat kali ini membincangkan implikasi daripada salah faham masyarakat berkenaan tempoh berlakunya idah. Benarkah tempoh idah adalah 3 bulan 10 hari seperti yang selalu di war-warkan? Ikuti penjelasan berkenaan isu tersebut bersama Ustaz Haji mohd Shukri Haji Ali, Pegawai Agama Istana Terengganu & bekas Qadi.

Halaqah Muamalat – Sahkah Jual Beli Itu?
Jual beli adalah suatu akad ke atas pertukaran harta dengan harta bertujuan pemilikan secara selama-lamanya. Justeru jual beli berlaku apabila adanya pertukaran harta dengan tujuan pemilikan. Tetapi apakah jual beli itu menjadi sah sekiranya kita menjadikan sesuatu yang melanggari syarak sebagai barang pertukaran? Ikuti penjelasan bagaimana jual beli yang dibenarkan menurut syarak.

Sejenak – Ada Syurga Di Sebalik Duri Jalanan
Mengapa ada terdapat golongan manusia yang sanggup bersusah payah melakukan kebaikan padahal perbuatan baik itu acapkali tidak mendapat balasan baik di dunia. Apakah ada syurga atau balasan baik di sebalik duri jalanan dan dugaan tersebut? Ruangan Sejenak kali ini membawa anda memikirkan perihal tersebut.

Jalan Tengah – Kafir Harbi Dan Kafir Zimmi Dalam Negara Islam
Dalam sebuah masyarakat majmuk seperti di Malaysia, di mana Islam menjadi agama rasmi dan pemerintahan negara di pegang oleh majoriti umat Islam, masyarakat Islam perlu tahu status dan hak bukan Islam dalam sebuah pemerintahan Islam. Apakah yang dimaksudkan dengan Kafir Harbi dan Kafir Zimmi? Juga apakah beza di antara kedua-dua status tersebut? Ikuti penjelasan lanjut bersama Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman, Pegawai Dakwah Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Kuala Lumpur.

Menggenggam Bara – Tivi Melayu Islam
Kerosakan demi kerosakan melatari kehidupan dunia akhir zaman. Ranjau hidup ini jika tidak disuluhi iman dan ketaqwaan kepada Allah SWT pasti di akhirnya menemui jalan yang sukar. Cerita di televisyen pula menjadi sinonim dengan bangsa Melayu yang gemar mentertawakan bangsa sendiri. Apakah kesudahan kepada permasalahan ini? Ruangan Menggenggam bara kali ini menemukan jawapannya.

Sheikh Nuruddin Jawab – Antara Solat Fardu & Solat Sunat
Soal jawab bersama Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki kali ini membincangkan persoalan-persoalan menarik mengenai solat fardu dan solat sunat. Ikuti kupasan menarik mengenai hal ini.