Friday, February 10, 2012

Q&A Bil 2: Taufik Pelengkap Hidayah

Kandungan Menarik Majalah Q&A Bil 2

Bicara Mufti: Ahli Sunnah Wal Jamaah, Pengalaman Malaysia
Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah telah menguat dan memperkukuhkan perpaduan ummah dan menjadi tunjang kekuatan dan kestabilan negara Malaysia. Apakah kesatuan yang dapat diwujudkan daripada manhaj Asy’ariyyah, Syafi’iyyah dan Sufiyyah mampu mengimbangi dan melawan cabaran-cabaran terhadap akidah Islam? Apakah kombinasi 3 manhaj tersebut telah berjaya menyelamatkan akidah umat Islam? 

Aku & Quran: Al-Quran Sumber Motivasi?
Al-Quran merupakan kalamullah terakhir yang diturunkan sehingga hari kiamat sebagai panduan dan bimbingan kepada umat Islam. Namun apakah ayat Quran yang sering dibacakan dapat memberi kesan ositif kepada manusia? Bagaimana pula al-Quran memotivasikan manusia? Semuanya bakal terjawab dalam ruangan ini.

Senyum Pagi: Cium Tangan Isteri, Ok ke?
Kehidupan berumahtangga memerlukan jalinan yang baik antara suami dan isteri. Ksih sayang juga perlu sentiasa dinilai tambah agar memberi kesegaran dalam percintaan kehidupan berumah tangga. Namun, sekiranya isteri mencium tangan suami pastinya ia adalah perkara biasa. Jarang sekali kita melihat suami yang mencium tangan isteri. Adakah perkara ini perlu dilakukan dan kelihatan baik? Ikuti penjelasan mengenai hal tersebut.

Isu: Taufik & Hidayah Gandingan Yang Tidak Mungkin Dipisahkan.
Apabila kita sesat di jala raya, past kita akan bertanyakan orang yang lebih mengetahui bagi menunjukkan arah jalan yang di cari. Segala yang dikatakan bakal dijadikan petunjuk untuk kita sampai ke destinasi yang di inginkan. Begitu juga dengan hidayah Allah SWT. Tanpa hidayah Allah manusia pasti tidak dapat petunjuk untuk menuju jalan kepada-Nya. Kupasan menarik ini juga membahaskan bagaimana taufik boleh dijadikan bukti bagi melengkapkan hidayah dan apakah taufik dapat membawa ke puncak ibadah. Ia juga membincangkan bagaimana taufik dapat menyelami hakikat kehambaan dan fungsiya terhadap kehidupan manusia.

Paradigma: Persoalan Al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah?
Kolum ini memaparkan persoalan Al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah dan mengapa ahli sunnah wal jamaah seperti sinonim dengan dua golongan ini. Terlebih dahulu penulis akan menerangkan siapakah al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah dan seterusnya menerangkan apakah ciri yang menonjolkan ahli sunnah wal-jamaah.

Potensi Diri: Beza Fikir dan Zikir.
Fikiran adalah kekuatan. Huku tarikan menyatakan bahawa orang yang berfikiran positif ke dalam hidupnya. Manakala orang yang berfikiran negative akan menarik segala sesuatu yang nagatif ke dalam hidupnya. Beza fakir dan zikir menerangkan apakah keistimewaan manusia, perkaitan antara berfikir dan berzikir apakah yang dapat didefinisikan sebagai hukum tarikan. Juga terdapat perbahasan menarik mengenai akal serta ciri-ciri orang yang berfikiran positif.

Halaqah Hadis 40: Kekuatan Niat Seorang Datuk Bernama Kasyih.
Sesuatu pekerjan itu akan mendatangkan ganjaran pahala sekiranya ianya dimulakan dengan niat. Niat yang baik dalam melakukan sesuatu pekerjaan akan mendatangkan sesuatu kebaikan yang lain. Kupasan yang menarik ini membicarakan perihal takrifan niat, tempat niat apabila beribadah serta kesan niat dalam kehidupan seorang mukmin.

Terapi Hati: Awas! Racun Bagi Hati!
Hari merupakan organ terpenting dalam tubuh badan manusia. Hati bukan sahaja mendetikkan sesuatu yang baik malah ia boleh bertukar dan cenderung kea rah perkara yang negative. Sekiranya hati ini dijaga dengan baik maka akan baiklah segalanya. Namun sekiranya hati ini dijangkiti racun, ia memerlukan rawatan yang segera bagi memastikan kesakitan itu terubat. Ikuti penerangan mengenai tanda-tanda hati yang sakit ini dengan selanjutnya.

Disiplin Ilmu: Apa Akibat Meremehkan Adab Belajar?
Ilmu dan adab merupakan perkara yang begitu rapat dan sinonim. Ikatan antara keduanya ini memang tidak dapat dipisahkan. Oleh hal yang demikian, menuntut ilmu juga memerlukan penjagaan adab dan pemurniaan akhlak. Apa kesan sekiranya kita mengabaikab adab dalam belajar? Pastinya kupasan ini dapat memberikan pengetahuan dan teguran kepada kita dalam menuntut ilmu dengan adab-adab yang lebih baik.

Ya Rasulullah: Wahai Umatku, Wakililah Aku./ Selawat Penghubung Cinta.
Kolum yang sangat menarik ini membicarakan keperluan umat Islam hari ini untuk meneruskan sunnah yang ditinggalkan baginda Rasulullah SAW. Kesempurnaan bimbingan Rasul yang begitu sempurna kekal menjadi kesinambungan sehingga ke akhir zaman. Selawat kepada Rasulullah SAW juga antara cara untuk mempamerkan rasa kasih dan cinta kita kepada Baginda. Terdapat juga penceritaan dan kisah-kisah yang menarik buat pembaca berkenaan Baginda Rasulullah SAW.

Halaqah Tauhid: Apa Rahsia Kalimah Tauhid
Kalimah tauhid merupakan salah satu bahagia terpenting dalam kalimah Syahadah. Ia sebagai tanda dan penyaksian murni tehadap Allah, satu-satunya tuhan yang layak disembah dan tempat bergantung harap. Terdapat juga penerangan mengenai makna dan kekuatan di sebalik kalimah ini.

Asmaul Husna: Menghayati Asmaul Husna dalam Berdoa.
Berdoa mempunyai banyak manfaat dan kebaikan. Malah ianya sudah menjadi kewajipan kepada kita selaku hamba untuk meminta sesuatu kepada Allah SWT. Namun tahukah kita bahawa Asmaul Husna juga boleh dihayati dalam berdoa? Bagaimana menghayati Asmaul Husna dalam berdoa? Sama-sama kita berkongsi mengenai adab dalam menyebut Asmaul Husna dan tuntutan dalam mengamalkan ibadah tersebut.

Adab: Masuk Tandas Kena Tutup Kepala?
Tandas merupakan satu tempat yang penting dalam kehidupan seharian. Seseorang yang ingin memasuki tandas kebiasaanya tidak memilih untuk menutup kepala. Justeru, kolum adab kali ini membincangkan keperluan untuk menutup kepala sewaktu memasuki tandas. Adakah ia perlu dan bagaimanakah caranya? Sama-sama kita merungkai persoalan dan mencari jawapan.

Indahnya Syurga: Syurga Apakah Di Lingkungan Paling Tengah & Tinggi?
Syurga merupakan idaman bagi setiap penghuni di bumi Allah SWT. Tanyalah siapa pun pasti tidak ada seorang pun yang mahu menolak untuk menjadi ahli syurga Allah SWT. Namun apakah kita mengetahui lingkungan paling tengah dan tinggi bagi syurga Allah ini? Ikuti kupasan menarik ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah kelompok illiyyin, calon syurga Firdausi ciri-ciri orang yang soleh.

Halaqah Suluhan Ibadah: Bolehkah Solat Menghapus Dosa?
Solat merupakan ibadah yang wajib dilakukan setiap Muslim yang cukup syaratnya. Ibadah ini seringkali dilakukan 5 kali sehari tanpa solat-solat sunat yang lain. Adkah solat yang sering kita lakukan ini diterima dan mampu menghapus segala amalan yang tidak baik kita sebelum ini? Bahkan ada yang tertanya-tanya apakah ibadah solat mempu menghapus dosa kita kepada Allah SWT? Ikuti soal jawab yang disediakan.

Halaqah Munakahat: Tauliah- Hukum atau Undang-Undang?
Apabila seseorang itu ingin mendirikan rumahtangga banyak perkara yang perlu di ambil kirra dalam urusa pernikahan. Jnagn menganggap seseorang itu boleh bernikah sewenang-wenangnya di mana tempat yang ia kehendaki tanpa merujuk kepada ibubapa dan pihak berwajib. Apakah kuasa tauliah itu terletak pada undang-undang ataupun mengikut hukum hakam yang telah ditetapkan? Ikuti perbincanga menarik ini.

Misteri Alam Jin: Jin Tunggu ‘Scene” Pemujaan.
Seseorang Muslim perlu bijak membezakan antara jin, syaitan mahupun iblis. Allah menegaskan dam al-Quran bahawa musuh manusia yang nyata adalah syaitan. Justeru, adakah kita sudah benar-benar mengenali musuh yang nyata ini? Mampukah kita berdepan dengan tentangan dan cubaan mereka untuk menyesatkan kita? Sama-sama kita ikuti perbincangan yang amat menarik ini.

Not Just For Laught: Padah Jahil.
Kisah 3 orang pengembara yang mengembara sebuah daerah terpencil di benua Afrika yang melucukan akibat daripada kejahilan mereka sendiri. Ikuti kisah menarik yang penuh pengajaran ini.