Thursday, December 27, 2012

Monday, December 17, 2012

Q&A Bil 13 : Rasulullah Bukan Manusia Biasa

" AKU NABI PEMBAWA RAHMAT"

Kandungan menarik Majalah Q&A Isu 13: -


      1. Isu : Sayang dan Rindu Kepada Rasulullah (m.s 12)
Kita tahu bahawa mencintai Rasulullah SAW termasuk dalam kesempurnaan iman. Rasullullah bersabda, daripada Anas bin malik, “Tidak sempurna iman seorang kamu sehingga aku menjadi orang yang paling dikasihinya lebih daripada dia sayang pada dirinya, ibubapanya, anak-anaknya atau manusia lain.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Apabila perasaan kasih dan sayang kepada Rasulullah SAW merupakan persoalan iman, ia perlu dibaja dengan sebaik mungkin. Perasaan rindu sebagai bukti bahawa adanya perasaan sayang di dalam hati seseorang. Ada rindu ada sayang, tiada rindu tiadalah sayang.

2. Aku Dan Hadis. (m.s 77)
Terdapat sebuah hadis yang popular dan sering digunakan bagi menggalakkan masyarakat Islam menceburi bidang perniagaan. Hadis dengan lafaz di atas didapati dicatatkan oleh Imam al-Ghazali (w. 505H) di dalam kitabnya yang terkenal, Ihya' ‘Ulumiddin. Apa status hadis ini? Sahih atau palsu?

3.  Aku dan al-Quran. (m.s 82)
Kebolehan membayangkan (kuasa imaginasi), penggunaan intuitif, pemahaman secara menyeluruh objektif kehidupan berdasarkan dalil-dalil al-Quran dan sunnah, semua ini adalah keupayaan otak kanan. Mengapa manusia kurang kreatif? Adakah semata-mata kerana kurang menggunakan otak kanan?


      4. Asmaul Husna. (m.s 32)
Bagaimanakah manusia mampu memahami Allah dengan nama-nama-Nya? Mengetahui, memahami dan meyakini sifat dan nama Allah SWT merupakan jalan kepada manusia untuk mengenal-Nya. Pengetahuan berkenaan sifat dan nama ini merupakan saluran bagi manusia untuk mengenal Allah SWT secara langsung.

5.      Bicara Mufti. (m.s 5)
Benarkah Syiah berasal dari Yahudi? Syiah sebagai suatu akidah dan pemikiran tidak lahir sekaligus. Ia berkembang mengikut peredaran masa dan melalui beberapa peringkat. Ramai pengkaji dahulu dan sekarang menegaskan bahawa Ibnu Saba’ adalah pengasas bagi Mazhab Syiah.

6.      Da’i Moden. (m.s 75)
Seorang pendakwah perlu memahami konsep al-Hikmah, al-Mauizah dan al-Jidal dalam berdakwah. Apa maksud istilah di atas?

7. Debaran Mabrur (m.s 102)
Hukuman atau denda terhadap sesiapa yang melakukan kesalahan adalah perkara biasa. Demikian juga dalam ibadah haji. Sesiapa yang melakukan kesalahan seperti melakukan perkara yang dilarang ketika sedang berihram, akan dikenakan denda atau ke dam ke atasnya. Apakah maksud dam?

8. Disiplin Ilmu (m.s 81)
Islam adalah agama yang mencakupi tiga komponen utama iaitu iman, Islam dan ihsan, atau disebut berdasarkan bidang ilmu yang berkaitan sebagai akidah, fikah dan akhlak. Apa peranan ilmuan Islam dalam mengembangkan ilmu ini?

9.  Fiqh Annisa. (m.s 84)
Sesetengah wanita mengandung mendapati darah keluar dari farajnya seperti darah haid. Oleh kerana tidak ada nas yang nyata, maka ulama memberikan pendapat berdasarkan ijtihad masing-masing, adakah darah itu dikira haid ataupun istihadah (penyakit)?

10.  Hadis Akhir Zaman. (m.s 119)
Antara peristiwa akhir zaman adalah syiar-syiar Islam diinjak-injak di beberapa buah  tempat namun di tempat lain syiar-syiar Islam masih lagi gagah dan teguh. Walaupun aktivis-aktivis Islam ditindas dan diseksa di suatu tempat, namun di tempat lain mereka masih disanjung dan dihormati.

11.  Halaqah Faraid. (m.s 54)
Bagaimanakah anak lelaki mewarisi pusaka? Bahagian anak lelaki tidak tetap dalam agihan pusaka mengikut hukum faraid. maksudnya bahagian anak lelaki tertakluk kepada kedudukan sesuatu kes iaitu perlu dilihat siapakah yang turut mewarisi bersama anak lelaki itu.

12.  Halaqah Firman. (m.s 8)
Perbezaan satu huruf memberikan maksud yang berbeza dalam bahasa Arab. Apa perbezaan antara kalimah al-Ibad dan al-Abid dalam al-Quran?

13.  Halaqah Hadis 40. (m.s 30)
Dalam perubatan moden, ilmu yang membincangkan proses kejadian embrio hanya berlaku pada abad kelima belas Masihi. Namun, perkara ini telah disentuh di dalam hadis Nabi SAW dengan begitu terperinci.


      14.  Halaqah Muamalat.(m.s 104)
Kita kerap mengatakan ‘aku hutang’ dan ‘aku pinjam’ terhadap sesuatu benda? Sebenaranya ada syarat-syarat yang membezakan antara benda yang dihutang dan dipinjam. Apakah syarat-syarat tersebut?

15. Halaqah Suluhan Ibadah. (m.s 69)
Mengangkat jari telunjuk ketika membaca tasyahhud awal dan akhir adalah sunat. Pelbagai cara ketika mengangkatnya mengikut pandangan mazhab. Bagaimanakah cara mengangkat jari telunjuk ketika tasyahhud?

Saturday, December 8, 2012

Q&A Bil 12 : Indahnya Hidup Dengan Memberi

Kandungan menarik dalam Majalah Q&A Isu 12 : -

ISU - Zakat : Penyayangnya Allah dalam Perintah-Nya Carilah Keagungan Di Sebalik 2.5%

Apabila kita membuat perbandingan dengan jujur terhad jumlah perintah yang dibebankan kepada kita, ia sangat minima dan sedikit. Apatah lagi apabila dilihat daripada sudut manfaat dan faedah, kita akan akui bahawa perintah dan larangan Allah itu adalah untuk kepentingan hidup kita sendiri juga!
Pemahaman ini sangat penting kerana ia bakal mengubah persepsi kita terhadap perintah Allah ; daripada merasakan ia sebagai beban kepada perasaan seronok dalam beramal. Contohnya dalam berzakat, hanya 2.5% sahaja daripada milik kita yang wajib dikeluarkan tetapi kelebihan serta keuntungan yang bakal diperolehi oleh seorang hamba yang berzakat dengan jumlah zakat yang dikeluarkannya, jauh berlipat ganda dan menakjubkan. Apakah lagi kasih sayang Allah yang ada pada sedikitnya perintah tetapi amat besar ganjaran bagi mereka yang melaksanakan perintah tersebut?

PERSPEKTIF-SOAL JAWAB berkaitan hukum-hukum zakat oleh Lembaga Zakat Selangor
Tajuk : Hidup Berkat Dengan Zakat
Antara persoalan yang perlu kita ketahui:
  • Adakah seorang datuk boleh memberi zakat kepada cucunya yang daif?
  • Adakah kita boleh ke luar negara yang ditimpa musibah kemiskinan?
  • Bagaimana dengan zakat saham?
  • Buka bolehkah diberi kepada waris 'melintang;? Siapa waris melintang itu?
  • Apakah yang dikatakan zakat Mal al-Mustafad?
SYEIKH NURUDDIN JAWAB-Bolehkah Solat Jenazah Untuk Yang Mati Membunuh diri?
Hukum ini tertakluk kepada orang yang membunuh diri itu mengangap membunuh diri itu adalah perlu untuk dirinya dan  boleh (halal). Hukum ini juga bergantung kepada si mati jika dia menganggapnya salah tetapi membunuh diri seperti orang mati kerana mengambil dadah.

MERENTAS MISI - Bukti Jesus Bukan Tuhan
Kita dan penganut Kristian sendiri akan menggaru kepala mencari di manakah dengan jelas Jesusu mendakwa bahawa dia merupakan Tuhan atau anak Tuhan. Adakah penganut Kristian dalami petikan di dalam Bible sendiri tentang tanda yang jelas bagi menggambarkan bahwa Jesus itu hanyalah manusia seperti juga nabi-nabi lain yang diutuskan oleh Allah kepada manusia?

ROGER USTAZ RAJA - Bolehkah Tawassul Dengan Orang Soleh?
Tawassul merupakan suatu perkara yang berkaitan dengan kaedah berdoa dalam Islam tetapi sesetengah pihak cuba menonjolkan ia berkait dengan aspek akidah walaupun sudah dijelaskan bahawa hampir kesemua ulama empat mazhab. Adapun khilaf baru dalam Islam tentang tawassul lahir daripada Ibn Taimiyah yang menyatakan tidak boleh bertawassul dengan si mati sedangkan Rasululah SAW telah pun wafat. Apakah terdapat dalil-dalil yang mengharuskan tawassul kepada Rasulullah SAW dan orang-orang yang soleh?

WAHAI RASULULLAH-Nabiku Dihina? Benarkah Baginda Terhina? Tuan Habib Ali Zainal Abidin menjawab persoalan
Hari ini masyarakat mudah mempersoalkan sejarah-sejarah Nabi dan meremeh-remehkannya. Sesungguhnya orang yang menghina orang lain, apabila hinaan itu tidak ada pada yang dihina, maka orang yang menghina itulah yang terhina dengan kata-katanya.

HALAQAH FARAID - Anak Perempuan Mewarisi Separuh Daripada Harta Si Ayah? 
Ketahui lima perkara antara sebab lelaki memperolehi harta pusaka lebih daripada wanita. Para lelaki apabila mendapat harta pusakan lebih jangan sekali-kali abaikan tanggungjawab menjaga ahli keluaraga perempuan.

SENI PERHUBUNGAN - Apakah feel suami zaman sekarang'pelik-pelik'?
Peningkatan usia, perubahan nilai, peningkatan ilmu pengetahuan, pengaruh kawan-kawan, perubahan gaya hidup dan persekitaran antara penyumbang utama kepada perubahan pada diri seseorang. Hakikatnya satu perubahan yang berlaku akan banyak lagi mempengaruhi perubahan yang lain.        

Saturday, November 10, 2012

Q&A Bil 11 - Kasih Sayang Buah Akhlak


 Membincangkan topik-topik hangat
dan terkini :-

MIMBAR Arab Sebelum Islam
Arab jahiliah terbahagi kepada tiga golongan iaitu Musyrikin, Ahli Kitab dan Hanif? Persoalannya, ibu   ayah Nabi Muhammad SAW daripada golongan yang mana?

AKU DAN AL-QURAN –Perlukah Sentiasa Melafazkan Ungkapan ‘Kerana Allah’?
Hati merupakan barometer (alat pengukur) semulajadi manusia yang membantunya membuat keputusan dengan tepat. Jika kita melafazkan sesuatu itu kerana Allah, secara tidak langsung kita akan ia dapat memberitahu dan mengingatkan hati, tujuan sebenar kita melakukannya

SENYUM PAGI Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz 
Siapa Patut Cemburu  
Cemburu itu satu perkara yang perlu bagi seorang suami terhadap isterinya. Tetapi apa bentuk kecemburuan tersebut? Apakah perkara-perkara yang patut diberi perhatian oleh seorang suami dalam menjaga keharmonian rumah tangga.

ISU- Rasulullah SAW Ikon Kasih Sayang
Rasulullah SAW menyampaikan tugas atas dasar kasih sayang bukannya dengan semangat benci atau dendam. Apa kisah-kisah yang menunjukkan Rasulullah SAW sangat mementingkan nilai kasih sayang dalam setiap perkara yang dilakukan Baginda?

SALLAHUDIN AL- AYYUBI  -Balas Kejahatan Dengan Kesabaran 
Umat Islam suatu ketika dahulu diperlakukan dengan buruk oleh tentera Salib. Apabila tentera Islam menawan semula  Jerusalem, mereka menggunakan pendekatan yang berbeza. Bagaimana sikap mereka terhadap tentera musuh?

PARADIGMA – Ustaz Muhadir Hj Joll
Khilaf Itu Indah? 
Perbezaan pendapat di kalangan ulama tidak sepatutnya masyarakat berpecah belah. Ia sudah berlaku bermula zaman Sahabat, tabiin lagi. Artikel ini mengupas kenapa boleh terjadi perkara khilaf di kalangan mujtahid dan bagaimana sikap sebenar masyarakat awam berhubung perkara ini.

HALAQAH HADIS 40 – Ust Zul Ramli M Razali
Jibril Menyerupai Manusia?
Jibril datang bukan sekadar membuka ruang ilmu tetapi juga mengajar cara belajar yang terbaik. Bagaimana bentuk jibril ketika datang menghadap Rasulullah?

DEBARAN MABRUR – Hj Mohd Hasnil Abu Bakar
Amalan Yang Utama Di Tanah Suci
Apakah hikmah atau rahmat yang boleh dijadikan iktibar berkaitan dengan beribadah di tanah Suci?Apakah fokus utama yang perlu dilakukan kepada orang yang baru menjejakkan kaki pertama kali ke Tanah Suci?

ANJUNG AL-ATRAK - Ustaz Nazrul Nasir
Bolehkah Makan Haiwan ‘JALLALAH’?
Haiwan jallalah ialah haiwan yang menjadikan najis sebagai makanan asasinya seperti ikan keli dan ayam yang diberikan najis sebagai makanan. Ulama berselisih pendapat tentang hukum memakannya. Bagi ulama yang membenarkannya, terdapat beberapa cara pula untuk membersihkan haiwan ini sebelum dimakan halal dimakan.

SAKINAH – Dr. Muhaya Mohammad 
Awas! Penangan Si ‘Janda Manis ‘
Seorang isteri mempunyai kuasa untuk mengawal kesihatan keluarganya. Oleh itu, tanggungjawab  mereka dalam penyediaan makanan adalah sangat besar. Apa kaitan pula dengan ‘janda manis’? Semuanya diulas dan diterangkan dengan jelas dalam ruangan ini.

TERAPI HATI – Abdul Kadir Aljoofre
 Apa Gunanya Ada Nafsu?
Manusia memerlukan makanan untuk kesinambungan nyawanya. Memerlukan perkahwinan untuk kesinambungan spesis manusia. Usah disalahkan nafsu. Tanpa nafsu, tidak ada manusia yang ingin berkahwin. Manusia juga perlukan nafsu makan. Ia adalah faktor penguat untuk berusaha mencari rezeki.

DA’I MODEN – Ustaz Abdul Wahab Md. Ali
Dakwah Cara Nabi Ibrahim a.s.
Nabi Ibrahim a.s. antara nabi Ulul Azmi yang mempunyai satu metode yang menarik dalam dakwah yang boleh dijadikan inspirasi bagi pendakwah sekarang. Bagaimana cara dakwah nabi Ibrahim a.s. yang boleh kita contohi dan apa pula kesilapan-kesilapan pendakwah sekarang?

MERENTAS MISI -  Zulaikha ZR
Kebenaran Tuhan Dalam Agama Di Dunia
Panduan menganut agama yang benar adalah dengan melihat sejauh mana benarnya konsep keesaan Tuhan di dalam agama tersebut.

HALAQAH TAUHID – Ustaz Raja Ahmad Mukhlis
Berdiri Allah SWT Dengan Sendiri
Sejauh manaa pun manusia cuba melarikan diri daripada Allah SWT, pada hakikatnya dia tidak mampu melainkan semakin menuju kepada-Nya.

ASMAUL HUSNA – Mohd Khairul Naim Che Nordin
Adakah Nama Allah SWT Hanya  99?
Sejauhmana kepentingan nama bagi sesuatu? Sebahagian ulama berpendapat dihadkan nama 99 itu bagi memudahkan kefahaman manusia. Ia juga bagi memudahkan penghayatan manusia terhadap nama-nama tersebut. Bahkan hadis tersebut difokuskan kepada manfaat yang diperolehi dari usaha menghafal nama-nama tersebut, bukannya memberitahu bahawa itulah sahaja nama-nama Allah.

SEJENAK – Pahrol Mohamad Juoi
Aku Insan Terpilih Bukan Insan Tersisih
Untuk meringankan kepedihan  ujian yang menimpa, hendaklah kita mengenal Allah yang memberi  ujian itu..Yakinlah bahawa semua ketentuan  Allah.

Thursday, October 4, 2012

Q&A Bil 10 : Jagalah Allah, Allah Akan Menjagamu

Kandungan Menarik QnA Bil 10

ISU Jagalah Allah, Allah akan menjagamu. 
Apabila mendahulukan hak Allah, benarlah pengakuan kita seperti yang diucap dalam doa iftitah setiap kali kita solat, “Sesungguhnya solatku,  korbanku (nusuki), hidupku dan matiku adalah bagi Allah Tuhan seru sekelian alam.” Bagaimana mungkin kita solat dan mendekat diri dengan Allah sedangkan hati gersang daripada penyerahan total kepada Allah.

Kesemua itu akhirnya akan melahirkan penyerahan yang membuahkan keikhlasan, sehingga bukan hanya pada skop ibadah sahaja kita berserah kepada Allah, hinggakan kepada hidup dan mati kita serahkan kepada-Nya, inilah penyerahan tertinggi yang kita dambakan dalam hidup yang sangat sementara di dunia ini. Sebagai contoh, Allah telah menguji keteguhan tawakal Nabi Ibrahim a.s. dengan didatangkan kepadanya mimpi agar menyembelih anaknya yang baru berusia 13 tahun.

ISU- Soal Jawab Korban 
Satu ruangan yang menjawab dengan lengkap berhubung pengertian, dalil, waktu serta syarat-syarat sah binatang korban. Turut dimuatkan juga pelbagai persoalan lazim mengenai ibadah korban seperti cara pembahagian daging korban, hukum bercukur dan memotong kuku bagi orang yang ingin berkorban, perkara-perkara sunat dan perkara yang dilarang ketika korban.

ISU Jom Korban  
Pada waktu-waktu yang lain sekiranya kita menyembelih dan mengagihkan daging, ia hanya dianggap sebagai sedekah tetapi di dalam empat hari yang tertentu iaitu 10,11,12, dan 13 Zulhijjah ia disebut sebagai ibadah korban. Roh dan falsafah antara kedua-duanya berbeza. Di dalam hadis, banyak galakan bagi umat Rasulullah agar turut serta terlibat dalam ibadah ini. Antaranya sesiapa yang berkorban dan diampunkan Allah, mendapat kebaikan sebanyak bulu binatang yang dikorbankan, kedudukan yang mulia, mendapat tunggangan ketika meniti titian sirat, mendapatr husnul khatimah dan lain-lain.

HALAQAH TASAWUF -  Tarekat; Musuh atau Sahabat. 
Sejak akhir-akhir ini, ada segelintir para asatizah yang membawa fahaman pembaharuan dan memusuhi tasawuf dan tarekat.  Kononnya ia sebagai bidaah, sesat dan sebagainya. Tarekat adalah seumpama sekolah bagi melatih dan mendisiplinkan seseorang, membersihkan jiwanya agar terhakis sifat-sifat mazmumah dan menghiasinya dengan sifat-sifat mahmudah.

Tuduhan tarekat membawa umat Islam menyimpang daripada ajaran Islam  adalah tidak benar sama sekali. Ia dilemparkan oleh musuh-musuh Islam dan musuh kepada ajaran tasawuf yang kononnya berhasrat  membersihkan ajaran Islam daripada ‘kekotoran’ dengan melakukan ‘tajdid’. Perlu diingatkan bahawa pengikut tarekat samalah juga seperti pengikut kumpulan-kumpulan lain, ada yang benar dan ada yang sesat. Hatta orang Islam sendiri pun  ada yang benar-benar mengamalkan Islam dan ada juga yang syirik, melampau, pengganas dan seumpamanya.

SYEIKH NURUDDIN MENJAWABSaf Wanita: Afdal Di Depan Atau Belakang?
Soal jawab mengenai permasalahan solat yang sering berlaku dalam masyarakat seperti Apakah ada tirai pemisah di antara jemaah lelaki dengan jemaah perempuan pada zaman Nabi SAW? Jika ada tirai, apakah perempuan afdal berada di saf yang paling hadapan?Apakah hukum solat seseorang yang kemaluannya bergerak tiga kali? Ketika solat tahajud, adakah wajib berniat menjadi imam (bagi imam) dan menjadi makmum (bagi makmum)? Manakah afdal antara mengerjakan tahajud di rumah atau di masjid?Adakah saf solat terputus untuk masjid dua tingkat? Yang manakah afdal antara solat pada awal waktu tetapi bersendirian dengan solat pada akhir waktu tetapi berjemaah? Serta pelbagai lagi persoalan yang menarik dan bermanfaat.

MIMBAR - Al-Fatihah Pembuka Seribu Rahsia.
Tidak ada surah dalam al-Quran yang diperintahkan Allah untuk diulangi bacaannya lebih banyak daripada surah al-Fatihah. Hampir semua umat Islam bermula zaman Nabi Muhammad SAW sehingga sekarang menghafalnya. Ia merupakan surah pertama yang diturunkan sepenuhnya sekaligus. Sebelum ini, semua surah diturunkan ayat demi ayat. Al-Fatihah juga diperintahkan untuk dibaca pada setiap rakaat solat. Mengapa demikian? Pasti ada barakah dan rahsia di sebaliknya.

SIHAT AFIAT  - Menjaga Kesihatan Melalui Perut. 
Perut adalah ibu atau sarang kepada penyakit sehingga menjaga kesihatan perut dianggap menjaga kesihatan badan. Telusurilah sunnah pemakanan Nabi SAW. Sebelum makan, Baginda mengambil sedikit garam dengan jari kelingking atau jari telunjuk sebelah kanannya. Rasulullah SAW mengunyah sebanyak 44 kali tetapi selalunya kunyahan Baginda tidak sampai 40 kali.
Prof. Edwin Nasution, pakar gastroenterologis (penghadaman) telah memeluk Islam setelah seminggu mencuba cara pemakanan Rasulullah SAW. Beliau mendapati penyakit sembelitnya berkurangan dengan begitu mendadak.  Selama ini beliau mengidap penyakit sembelit selama 10 tahun dan tidak menemui penyelesaiannya.

PARADIGMA - Amalan Penziarah Kubur 
Antara kebiasaan orang yang menziarahi kubur sanak saudara yang telah meninggal dunia adalah menabur bunga, menjirus air, meletakkan batu kerikil dan mencacak bunga di atas kubur. Ada yang mendakwa ia adalah perbuatan bidaah dhalalah. Apakah benar dakwaan ini?

Hakikatnya semua yang dilakukan di atas adalah dibolehkan serta ada sandarannya dalam Islam. Para ulama teliti meneliti hadis-hadis yang berkaitan dengan begitu berhati-hati sebelum mengistinbathkan hukum agar umat tidak berada di dalam kesesatan.Untuk mendapat panduan yang benar dan tahkik, orang awam hendaklah menyerahkan urusan agama yang melibatkan hukum kepada orang yang ahli dalam bidangnya (faqih).

AKU DAN HADIS - Benarkah Hadis Sayidina Ali Pintu Kota Ilmu? 
Terdapat sebuah hadis yang menceritakan keluasan ilmu Sayidina Ali karamallahu wajhah yang berbunyi: “Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya.” Ada yang menyebut hadis ini adalah palsu. Benarkah begitu? Ia adalah hadis yang diperselisihkan martabatnya oleh para ulama hadis. Ada yang mengatakan ia sahih, hasan, dhaif dan maudu’ (palsu). Jadi, adalah tidak jujur jika kita menghukumkannya sebagai maudu’ (palsu) hanya dengan membawa pandangan mereka yang mengatakannya demikian, tanpa membawa pandangan mereka yang mengatakan sebaliknya.

TAMAN ILMUSyeikh Zainul Asri, Da’i Yang Murabbi, Mudir Pusat Pengajian Darul Hadis, Yayasan Paksi
Kitab: Riadus Solihin dan al-Azkar Imam an-Nawawi.
Pesanannya ketika ditemui di Ijtimak Pondok Nusantara: “Kadang-kadang kita selalu sebut orang ini hebat, orang ini alim. Alim ini memerlukan satu proses masa yang lama. Ketika mengaji, seseorang tu biasa-biasa sahaja. Kita akan menjadi benar-benar alim apabila mengajar.”

Monday, September 10, 2012

Q&A Bil 9 : Istiqamah Mendaki Kecemerlangan

Kandungan Menarik 

AKU & AL-QURAN - Masalah Yang ‘Dinikmati’ 
Apakah tujuan kita hidup di dunia ini? Kehidupan adalah pemberian Allah kepada kita. Maka dia ingin menguji kita. Dia mendatangkan masalah kepada kita. Masalah itu datang dalam bentuk adalah ujian. Bila kita menyedari hakikat sebenar masalah atau ujian itu, kita akan hadapinya dengan tenang. Selama ini kita melihat masalah yang datang kepada kita akan kita hadapi dengan kekuatan diri kita sendiri. Kita terlalu bergantung pada usaha kita semata-mata untuk selesaikannya. Bukalah mata hati kita untuk melihat bahawa masalah itu datang daripada Allah SWT dan daripada Allah jualah kaedah dan jalan penyelesaiannya.


BICARA MUFTI - Pandangan Syiah Terhadap Sahabat Rasulullah 
Syiah begitu kuat memegang kepada dakwaan bahawa para Sahabat telah membelakangkan nas dengan melakukan syura di saqifah Bani Saadah dan memilih Abu Bakar sebagai khalifah dan bukannya Sayidina Ali. Mereka mengkafirkan Khulafa ar-Rasyidin dan para Sahabat, memaki dan melaknat mereka.Asas agama Syiah adalah membersihkan diri daripada musuh-musuh Ahlul Bait dan dengan  melaknat para Sahabat khususnya Sayidina Abu Bakar dan Umar dianggap suatu ibadah yang besar. Syiah begitu benci pada Sahabat terutama Abu Bakar dan Umar. Ini dapat dilihat dalam tulisan serta nas-nas para ulama Syiah.

Ini bertentangan dengan ijmak Ahlus Sunnah wal Jamaah kerana ayat-ayat Quran dan hadis yang banyak memuji dan menyatakan keredhaan Allah Taala terhadap para Sahabat. Kepercayaan ini adalah sangat penting kerana ia berkait langsung dengan kepercayaan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Para Sahabat r.a. adalah saksi-saksi utama kepada kebenaran Quran dan sunnah. Membatalkan kepercayaan terhadap saksi, bermakna dan bertujuan membatalkan kepercayaan terhadap yang disaksikan.

  
HALAL & HARAM - Produk Surimi- Bercampur Plasma Darah 
Produk surimi merupakan makanan tiruan berasaskan ikan, sotong, udang dan ketam yang kini terkenal dan digemari oleh masyarakat Melayu. Surimi dihasilkan daripada isi ikan yang dinyahtulang. Oleh kerana mutunya dari sudut tekstur yang rendah dan lemah, isi ikan tersebut tidak mampu untuk mengental dan menganjal. Bagi mengatasi masalah ini, pengeluar atau pengilang akan mencampurkannya dengan bahan pengental seperti serbuk protein plasma darah.Plasma darah dimana bahagian cecair sebahagian daripada darah yang tidak berwarna digunakan. 

Kegunaannya dalam produk ini adalah sebagai pengemulsi yang baik, rendah likat serta kemampuan membentuk gel-gel yang kuat. Ia juga anjal serta dapat mengekal dan memperbaiki ciri-ciri tersebut yang pastinya sangat digemari pengguna. Bahkan ia juga boleh menambah tekstur pada daging dan ikan. Persoalan yang harus diberi penekanan adalah penggunaannya sebagai salah satu ramuan boleh menimbulkan masalah kepada pengguna Muslim kerana darah adalah haram di sisi Islam terutama jika digunakan dalam makanan. Elakkan produk makanan yang syubhah dan haram.

DRAMA & IKTIBAR - Lambungan Maut “Hole Short” 
Abdullah Abdul Rani, 50 tidur pada malam itu tanpa memikirkan sangat pertandingan yang akan disertainya keesokan harinya. Perlumbaan kali ini adalah di Pantai Klebang, Melaka. Pada waktu itu dia mula didatangi perasaan kurang yakin. Itulah pertama kali dia berasa semangatnya untuk berlumba menurun sejak dia bergiat aktif dalam sukan jet ski pada 1996. Atas pujukan rakan, Abdullah akhirnya menyatakan persetujuan. Padahal hatinya tidak sepenuhnya berminat. Dia pergi semata-mata kerana mahu meraikan permintaan kawan.

SOAL JAWAB BERSAMA SYEIKH NURUDDIN - Adakah Bawah Dagu Wanita Dikira Aurat? 
Soal jawab mengenai hukum-hukum berkaitan wanita seperti aurat muka yang sebenar, hukum memakai tudung sehingga menampakkan sanggul, hukum berhias dan bersolek, hukum wanita tidur bersama dan lain-lain dan hukum membuka tudung ketika bekerja sekiranya dipaksa majikan. Bagi hukum menutup dagu ketika bertudung, apa yang dilakukan oleh Muslimat sekarang dengan menutup sebahagian dagu adalah ihtiyath (berhati-hati) kerana ada pendapat yang mewajibkan menutupnya.

SENYUM PAGI -  Powernya Doa Suami 
Membincangkan tentang kewajiban seorang isteri meminta izin suami apabila keluar rumah. Diterangkan juga apa yang digalakkan kepada isteri seperti mencium tangan suami, memaklumkan ketibaan di tempat kerja dan perkara yang lain serta meminta doa daripada suami.Walaupun perbuatan ini nampak mudah dan ringkas tetapi ia mengandungi manfaat yang sangat besar dalam mencari keberkatan dan menjaga keharmonian rumahtangga. Dengan redha seorang suami, isteri boleh mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah dan dimudahkan jugaurusan seharian seperti jikalau meminta izin membeli belah, dimudahkan urusan parkir,mendapat barangan yang murah dan lain-lain lagi.

JALAN TENGAH - Falsafah Sekularisme dan Sifat Yang Sekular
Masih ramai yang keliru dengan pengertian istilah sekularisme yang sebenar. Artikel ini mengulas perbezaan antara sekularisme dan perkara yang sekular. Sekularisme adalah satu falsafah dan ideologi yang membawa kepada kekufuran kerana ia berupa kefahaman yang memisahkan secara total antara kehidupan dengan agama. Manakala perkara yang sekular pula ada yang positif dan ada yang negatif, ada yang tidak terlarang dan ada yang terlarang.

Kemudian diterangkan pula sejauh mana pengaruh sekularisme kepada masyarakat timur. Hanya negara Turki yang menerima secara total sekularisme selepas penghapusan Kerajaan Turki Uthmaniyah.Sekularisme Turki yang menghapuskan khilafah Uthmaniyah mengharamkan sekolah-sekolah agama, pakaian hijab, bahkan tudung kepala wanita pun tidak dibenarkan,undang-undang Syarak, pakaian yang menunjukkan ulama seperti jubah, serban dan tarbus, tarikat-tarikat sufiah, bahkan ulama pun. Azan digantikan dengan bahasa Truki, dan sembahyang pun diperintah supaya berlaku dalam Bahasa Turki, dan huruf Arab dihapuskan digantikan dengan huruf Latin.

Friday, August 10, 2012

Q&A Bil 8 : Bedah Siasat Puasa

Kandungan Menarik
Mutiara Kata: “Mempunyai wang itu memang baik tetapi lebih baik lagi mempunyai sesuatu yang tidak dapat dibeli dengan wang.” (Budiman)
ISU - Bedah Siasat Puasa
Banyak berlaku di dalam masyarakat kita ibadat bertukar menjadi adat semata-mata. Merujuk kepada ibadat agung seperti puasa yang datang bermusim; kenapa kita puasa? Antara jawapan yang biasa kita dengar, “Bulan Ramadan orang berpuasa, kita pun puasa.” Malah, biasa menjadi ayat ugutan bagi ‘melatih’ anak-anak berpuasa,  “Kalau tak puasa tak boleh raya!” Ini menjadikan puasa yang terbangun bukan benar-benar mengangkat kehambaan kerana tidak selari dengan roh ibadah itu sendiri. 

TWEET DR ASMADI - Status Wang Pertaruhan Calon Pilihanraya.
Setiap kali menjelang Ramadan, umat Islam akan sibuk berlumba- lumba melakukan kebaikan dan ketaatan. Ada juga sesetengah pihak yang ‘menyibukkan diri’ mereka pada bulan ini, dengan mempertikaikan kesahihan amalan-amalan yang kita laksanakan. Allah tidak berkira-kira dengan hamba-Nya tetapi mengapa kita sering berkira-kira dalam membuat kebaikan terhadap-Nya? Jangan biarkan ibadah dan keyakinan kita tercalar kerana kejahilan kita sendiri. Ikuti kupasan al-Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll dalam ruangan Halaqah Suluhan Ibadah. Prof. Madya Dr. Asmadi Mohamed Naim, Dekan Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Universiti Utara Malaysia memberikan jawapan terhadap persoalan di atas dengan menekankan bahawa istilah ‘wang pertaruhan’ adalah tidak Islamik dan perlu ditukar kepada istilah lain. Apakah istilah yang dicadangkan? Dapatkan jawapannya dalam Tweet Dr. Asmadi.

CEO - RB Group: Muslim Ungguli Bisnes Di UK  
Perniagaan yang menekankan prinsip dan nilai Islam di dalamnya turut menjadi wadah dalam menyampaikan Islam. Menerusi perniagaan pintu yang diusahakan di negara Barat yang majoriti penduduknya non-muslim, Dato’ Ahmad Fadzil, pengasas dan Naib Pengerusi Eksekutif Right Balance Group (RB Group) berkongsi kisah, pengalaman dan tip perniagaan dalam ruangan CEO.

SENYUM PAGI Anjing Pandai vs Anjing Bodoh 
Ustaz Mohd Kazim Elias al-Hafiz menjawab soalan mengenai hukum berkaitan dengan binatang yang termasuk dalam kategori najis mughalazzah (berat) iaitu anjing. Situasi hari ini yang dapat dilihat dalam internet, di mana orang Melayu yang sudah pasti orang Islam begitu galak bergambar bersama dengan anjing. Boleh atau tidak orang Islam memelihara anjing bagi tujuan keselamatan dan berburu? Sejauh manakah hukumnya? 

MISTERI ALAM JIN - Bolehkah Berkawan Dengan Jin? 
Dunia manusia dan dunia jin tidak sama tetapi kedua-duanya adalah makhluk Allah SWT. Oleh itu, kita biasa mendengar orang menyebut, “Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia”. Diterima atau ditolak persepsi seperti ini? Apakah persepsi sebenar yang dijelaskan dalam al-Quran?  Misteri Alam Jin ada jawapan yang dicari.

CELAK MATA - Hisap Ganja Wajib Solat 
Ustaz Azhar Idrus ditanya mengenai musuh negara iaitu dadah. Mendirikan solat adalah kewajipan bagi setiap orang Islam yang telah baligh tetapi bagaimana mereka yang telah baligh ini memilih untuk menunaikan solat dalam keadaan khayal. Diterimakah solat mereka ini?  Ustaz Azhar ada jawapannya menerusi ruangan Celak Mata.

MERENTAS MISI - Kristian Bukan Agama Jesus? 
Jesus yang didakwa menjadi asas kepada agama Kristian tidak mengajar ajaran Kristian. Jadi kalau bukan Jesus, siapakah yang mengasaskan ajaran Kristian? Fahami dan amati mengapa salib itu menjadi lambang suci dan simbol kepada agama Kristian ini menerusi ruangan Merentas Misi.

Tuesday, July 10, 2012

Q&A Bil 7 - Solat Mikraj Hamba

Kandungan Menarik QNA Bil 7

ISU -Solat Tenaga Spiritual
Bagaimana solat dapat memperkasakan spritiual? Apakah kesan ketara bagi spiritual yang terbangun? Dan apakah kekurangan lain yang mampu dijana oleh solat. rahsia bilangan rakaat solat mengikut teori fizik? Solat kerana hendak mendapat ganjaran dan pahala. Salahkah tanggapan sebegini? Bagaimana pula perspesi Rasullulah tentang solat? Apakah yang dimaksudkan dengan memelihara solat? Apakah pula maksud memelihara solat bermula daripada sebelum kita memulakan angkat takbir? Bagaimana cara untuk mendapat khusyuk dalam solat?

BICARA MUFTI - Syiah Tiada Hubungan Dengan Ahlul Bait
Syiah tiada hubungan dengan Ahlul Bait? Apa buktinya? Sebelum ini kita telah bahaskan dengan panajang lebar kekeliruan yang dibawa oleh Syiah ke dalam masyarakat. Jika dilihat kepada pegangan serta amalan mereka yang bertentangan dengan al-Quran, Sunnah, Khulafa ar-rasyidin, para Sahabat dan Ahlul bait r.a.. jelaslah golongan Syiah ini pada hakikatnya tidak ada hubungan dengan Ahlul Bait. Sejauh mana kupasan ini. Ikuti bual bicara bersama datuk Hj Wan Zahidi Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan.

AKU DAN AL-QURAN - Salahkah Mengumpul Harta?
Apakah fokus manusia setiap hari? Apakah yang ada dalam pemikiran mereka? Sebenarnya, apa yang mereka bincangkan setiap hari itulah fokus pemikiran mereka. Setiap manusia mempunyai fokus dan cita-cita yang berbeza berdasarkan pemahaman masing-masing mengenai objektif kehidupan, dan definisi kejayaan dalam kehidupan. 

HALAL DAN HARAM- Keju, sedap tapi...awas!
Keju merupakan kegemaran  ramai. Selain sedap dimakan bersama roti, juga menjadi ramuan utama membuat pizza dan kek. Keju terkenal di negara-negara Eropah kerana kemahiran mereka dalam pembuatan keju. Namun, tahukah anda bagaimana keju dihasilkan? Apakah wujud penggunaan enzim daripada sumebr selain lembu untuk membuat keju? Ikuti kupasan menarik bersama Ustaz Fahrur Rozi Jalaluddin.

DEBARAN MABRUR - Tunai Haji dengan Duit Hutang?
Satu topik yang membawa Haji Mohd Hasnil Abu Bakar dalam mengupas tajuk di atas. Satu perkara yang sangat penting, bahkan mungkin boleh dianggap sebagai syarat asas utama dalam urusan menunaikan ibadah haji adalah perbelanjaan. Dari mana dan bagaimana cara perbelanjaan tersebut diperolehi? Lazimnya tentulah melalui kegigihan menyimpan atau menabung. Namun, bagaimana jika perbelajaan untuk ke Makkah diperolehi melalui jalan berhutang?

TWEET DR ASMADI - Forex Online Haram?
Ketahui lebih lanjut mengenai adakah forex online haram atau tidak? Wujudkah urus niaga mata wang yang diharuskan dalam Islam. Ikuti kupasan bersama Prof Madya Dr.Asmadi.

MISTERI ALAM JIN - Bolehkah Manusia Masuk ke Alam Jin?
Harus diingat bahawa manusia dan jin berkongsi alam. Pada peringkat awal manusia hanya berada dipermukaan bumi berbanding dengan jin yang tinggal di dalam tanah, dasar laut, di awan dan juga di permukaan bumi. Kini telah menerokai kawasan-kawasan yang sebelumnya dihuni oleh jin sahaja. Bolehkah manusia masuk ke alam jin sepertimana jin masuk ke alam manusia? Apakah benar cerita manusia yang disembunyikan jin apabila tersesat di kawasan mereka?

ALAM AKHIRAT - Sungai, Buah-buahan dan Bidadari...
Topik kali ini membawa kepada persoalan dan jawapan bagi dunia selepas mati seperti bagaimana keadaan sungai-sungai syurgawi? Bagaimana keadaan buah-buahan di syurga? Samakah rasanya dengan buah-buahan di dunia? Bagaimana keadaan bidadari-bidadari di syurga? Apakah maksud dengan 'secara lansung'? Apakah Allah akan memberikan semua ini secara percuma? Ketahui semua jawapan di atas hanya di Majalah QNA BIL 7.

SYEIKH NURUDDIN JAWAB - Puasa Orang Mati, Wajibkah Diganti?
Adakah batal puasa orang yang buasir jika dimasukkan semula usus yang terkeluar dari duburnya? Bagaimanakah berpuasa sepanjang tahun? Ada pendapat yang mengatakan apabila kita tidak berpuasa pada awal Syaaban, maka kita tidak boelh berpuasa pada Nisfu syaaban (15 Syaaban)? Bagaimanakah keadaan orang yang tidak sempat menunaikan ganti puasa qadha atau puasa nazar sebelum dia meninggal dunia? 

Sunday, June 10, 2012

Q&A Bil 6 : Rahsia Taubat

Kandungan Menarik QNA Bil 6

ISU -  Rahsia TAUBAT 
Kenapa diri payah berubah? Kenapa Rasullulah SAW yang maksum pun tetap bertaubat kepada Allah? Apa ada di sebalik taubat? Apakah anak kunci kepada perubahan diri? Taubat Nasuha. Apakah itu taubatan nasuha? Apakah kesan taubatan nasuha? Kenapa payah berubah? Sebab masih buat dosa dan tak mahu jadi hamba Allah yang taat!

HALAQAH MUNAKAHAT BerIHDADlah Wahai Wanita
Hukum Ihdad/ berkabung tempoh 130 hari seorang wanita selepas kematian suami. Sejauh mana wanita diharuskan keluar rumah selepas kematian suami? Bekerja? Beli barang dapur? Adab berpakaian keluar rumah bagaimana? - Ustaz Mohd Shukri

SENYUM PAGI - 3 Perkongsian Amalan
Kongsi 3 Amalan Ustaz Kazim dalam membantu masyarakat. Tip mencari orang tenggelam, panduan menarik pelanggan kunjun ke kedai, tip menghafaz Quran. Apa pun dalam setiap amalan ibadah asas jangan tinggal. Kalau amal zikir dan dosa tapi tidak solat, belum tentu Allah kabulkan doa.

SYEIKH NURUDDIN JAWAB -  Jamak dan Qasar Ketika Musafir
Bolehkah jamak qasar hingga 18 hari?Bolehkah kita solat jamak qasar setiap hari jika jarak perjalanan dari rumah kita ke tempat yang dituji lebih daripada dua marhalah?

CEO - Kesederhanaan dan Ketelusan dalam MOFAZ 
Hj Fauzy Mofaz - Usahawan Melayu yang berani menceburkan diri dalam bidang permotoran sebagai platform untuk mengetengahkan produk-produk keluaran umat Islam ke pasaran antarabangsa.

ADAB - Adab Menyampaikan Salam
Siapa dulu patut beri salam - mereka yang naik kereta mahal atau yang naik kereta murah?
Islam sangat menitikberatkan persoalan persaudaraan sesama manusia. Di dalam Islam, antara cara yang diajarkan oleh Baginda SAW untuk mewujudkan hubungan harmoni di antara sesama Muslim adalah dengan mengucapkan salam (assalammualaikum). Ikuti kupasan menarik ini dalam ADAB bersama Ustaz Nazrul Nasir.

KAMUS SAHABAT - Abdullah Bin Jaafar Persis Baginda
Kisah Abdullah bin Jaafar bayi lelaki Islam yang pertama lahir di luar tanah Kota Makkah Nabi beritahu, "Kalau nak tengok wajahku, maka lihatlah Abdullah Bin Jaafar."

RELAKSASI - Terapi Marah
Fahamilah apa yang tidak dilakukan oleh Nabi tidak semestinya kita tidak boleh melakukannya. Tidaklah semestinya jatuh haram/ tidak boleh dibuat - hukumnya adalah harus, bukan haram bidaah dhalalah.

TWEETT DR. ASMADI - Bermain futsal, golf dan memancing
Bermain futsal, golf, memancing sekadar mana yuran yang dibenarkan? Apakah boleh diselindungi dengan istilah pelaburan terhadap wang pertaruhan? Bagaimana pula program Money Drop dalam tv?

ASMAUL HUSNA - Terangi Kemalapan Hati
Tanamkan rasa kehambaan di dalam diri. Tundukkan hati; tanda rasa kehinaan seorang hamba yang sentiasa perlukan Allah SWT sebagai tuhan dan tempat pergantungan paling baik. Melalui bab ini, menghuraikan sifat Allah: al-Quddus - Suci. Bagaimana sifat ini dapat diterjemahkan dalam diri kita. Di dalam bab ASMAUL HUSNA akan diterangkan terperinci oleh Ustaz  Rujhan Mohamed Razali.

MIMBAR - Tanam Buah Kesederhanaan 
Anekdot kehidupan, pada kali ini Habib Syed Hassab Muhammad Al-Attas, Pengerusi dan Iman Masjid Ba'lawi Singapura menghuraikan bagaiaman para suami perlu tawaduk dan bersabar denagn ragam isteri ketika mengandung.

POTENSI DIRI - Mahu Berubah? Kuasai Teknik: 6 Langakah untuk Berubah. 
Kita perlu membantu orang lain BUKAN dengan menanya kenapa mereka perlu berubah? Sebaliknya tanyakan, "Kenapa mereka mahu berubah?'

Thursday, May 10, 2012

QNA Bil 5 - Menjiwai WARAK Impak Maksimum Haram

Kandungan Menarik QNA Bil 5

ISU - Utama | WARAK - Impak Maksimum Haram
a) Apa kesan aura halal dalam kehidupan? Menjaga perkara yang halal, mengelak dari terjebak kepada perkara syubahat dan menjauhkan perkara haram dalah faktor utama kehebatan Islam.

b) Meremehkan perkara haram sifat munafik? Siapakah orang warak? Kenapa warak sangat perlu? Orang warak adalah orang yang berhati-hati terhadap sesuatu perkara yang syubhat kerana takut terejerumus kepada perkara yang haram.

c) Rata-rata pelanggan muslim merasakan hidangan Jepun seperti sushi adalah seperti sushi adalah halal kerana ia diambil dari sumber laut seperti ikan, sotong dan udang. Tahukah anda sushi dimasak dengan menggunakan SAKE (arak daripada pemeram beras) yang haram di sisi Islam?

SENYUM PAGI - Anak degil Salah Siapa
Mengupas tajuk, 'Anak Degil Salah siapa' - mengajak pembaca /ibu bapa muhasabah diri/ koreksi diri di atas kelakuan degil anak-anak kadang kala berpunca dari dosa-dosa lampau ibu bapa itu sendiri, seperti ada zaman remaja pernah menengking ibu, menipu dan sebagainya. Terdapat juga disediakan petua dan doa anak yang degil oleh Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz.

DEBARAN MABRUR - Ke Makkah Dengan Rezeki Syubhat?
Ada orang ke Makkah mengerjakan haji dan umrah dengan wang yang bercampur-campur sumbernya. Ini membawa kesan kepada peribadai seperti sukar untuk berubah atau konsisten taat kepada Allah secara keseluruhan setelah pulang ke tanah air, masih terdorong ingin berbuat maksiat dan sebagainya. Hal ini sangat merugikan.

PARADIGMA - Adakah semua bidaah sesat?
Bidaah yang bertentangan dengan empat sumber disebut bidaah dhaIalah (sesat). Jika tidak bertentangan dengan empat sumber, maka ia disebut bidaah hasaanah (baik). Apakah empat sumber itu? Ikuti kupasan menarik ini bersama Ustaz Muhadir Hj Joll

MISTERI ALAM JIN - Kelompok Jin Banyak Kategori, Pelbagai Simpton
Kenali simton-simpton jin di sekeliling kita. Awas Jin Cinta dan Jin Asyik - khususnya kepada golongan wanita yang suka berhias-hias dan mendedahkan aurat.

ALAM AKHIRAT - Realiti Akhirat
Muflis di akhirat? Siapakah golongannya? Mereka adalah orang yang di dunia banyak buat amalan tetapi di akhirat tertolak amalan pahalannya kerana perlu diberikan kepada orang-orang yang pernah dianiayai olehnya di atas dunia. Ketahui lebih lanjut mengenainya bersama Ustaz Amaluddin.

CELAK MATA - Solat
Bolehkah solat pakai baju ada lambang Manchester United(MU) sah tak sah? Apa pun menegakkan sunnah Nabi SAW adalah amat digalakkan dan membawa kepada orang-orang yang pernah dianiaya olehnya di atas dunia.

TWEET DR ASMADI -Menjawab persoalan sistem jual beli dalam Islam.
Benarkah ada unsur judi dalam cabutan bertuah? Apakah hukumnya cabutan bertuah yang melibatkan bayaran pendahuluan? 

SOAL JAWAB BERSAMA TUAN GURU SYEIKH NURUDDIN AL-BANJARI
Tatacara bersiwak perlu bermula dari kananatau boleh dari mana-mana sahaja? Apa pun menegakkan sunnah Nabi SAW adalah amat digalakkan dan membawa kepada kesihatan yang baik pada diri.
 
SAKINAH BERSAMA DR MUHAYA MOHAMAD - Takut Menyambut Menapaus
Kupasan mengusik jiwa menyubur semangat. Menyubur rohani dan mengukuh mental untuk bakal wanita yang menghadapi menapous dan panduan buat suami. Hargailah para wanita yang bergelar isterimu.

Tuesday, April 10, 2012

Q&A Bil 4 - Dunia Nak @ Tak Nak?

Kandungan Menarik QNA Bil 4

ISU - Dunia Nak ke Tak Nak?
Salah safam enti dunia:  Apa itu “dunia”, apa kesannya terhadap kehidupan kita. Bagaimana dunia boleh jadi akhirat, dan akhirat boleh jadi dunia. Bagaimana dunia ini sepatutnya dilihat? Apakah ciri-ciri dunia di hati? Apa maksud dunia letak di tangan, bukan di hati? Dunia bagaimana yang diterima oleh Islam? Dan apakah harga yang patut dibayar kerana melepaskan dunia? Bagaimana nasib umat Islam yang melepaskan dunia?

BICARA MUFTI - Cabaran syiah
Sejauh mana cabarannya terhadap keselamatan negara?

SENYUM PAGI - Tiru Pakaian Wanita
Hukum lelaki meniru gaya pakaian wanita seperti penjual lelaki mengenakan tudung untuk melariskan jualan. Bagaimana pula jika ada wanita yang meniru gaya lelaki seperti berambut pendek, bersifat seperti tomboy dan sebagainya.

RELAKSASI - Kawal Emosi Dengan Terapi
Terapi emosi dengan al-Quran. Bagaimana? Ketahui perbincangannya dalam RELAKASI bersama ustaz Zawawi Zakaria.

PARADIGMA - Cara Solat | Kita ikut siapa?
Adakah cukup bersolat seperti yang dinyatakan dalam al Quran dan hadis tanpa merujuk kepada cara yang diajar dalam mazhab? Kenapakah terdapat perbezaan di kalangan para sahabat dalam meriwayatkan hadis tentang cara solat Nabi SAW?

MIMBAR - Cerita Tentang Takwa
“Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan jalan keluar...” Apakah yang dimaksudkan ‘jalan keluar’ itu? 

WAHAI RASULULLAH - Sudahkah anda mengharmonikan keluarga seperti Rasullulah SAW?
Keluarga merupakan kelompok pertama dalam membina sebuah masyarakat harmoni, berprestasi, maju dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Sudahkah anda mengharmonikan keluarga seperti Rasulullah SAW? Bersama Ustaz Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid.

POTENSI DIRI - Hayati 7 kunci bagi meningkatkan kefahaman dan keseronokan membaca
Membaca adalah suatu proses interaktif; pembaca yang baik melibatkan diri dalam berdialog dengan teks secara berterusan. Bolehkah movie dihasilkan di dalam minda? Bagaimanakah pengetahuan latar membantu perkaitan antara idea?

FIQH AN-NISA - Anak luar nikah. Apakah hak bapa? 
Apakah hubungan anak luar nikah dengan bapanya (secara biologinya)? Seorang perempuan telah berkahwin, kemudian tidak sampai sembilan bulan dari tarikh perkahwinannya dia telah melahirkan anak. Adakah anak itu dikira anak yang sah kepada suaminya? Ikuti kupasan menarik ini dalam Fiqh An-Nisa bersama Ustazah Maznah Daud yang merupakan Ahli Lembaga Penasihat Ibadah Haji.

MUTIARA AL HIKAM - Bahaya Hawa Nafsu
Syaitan  dan nafsu merupakan rakan kongsi dalam memalimgkan umat Islam dari jalan yang menuju kepada Allah SWT. Apakah hakikat nafsu? Apa pula sifat-sifat nafsu?  Adakah orang soleh juga terpedaya dengan bujukan nafsu?

SULUHAN IBADAH 2 Sunnah Selepas Subuh dan Maghrib 
Ketahui 2 amalan yang mudah tapi besar pahalanya untuk dilakukan selepas solat sunat subuh. Bilakah amalan ini dilakukan? Apakah fadilat amalan yang pertama? Apa pula fadilat amalan yang kedua? Ketahui kupasan melalui Ustaz Muhadir Haji Joll

FARAID - Apakah Hibah, Wasiat dan Pusaka?
Berapa, untuk siapa dan untuk apa? Kebelakangan ini ramai orang asyik bercakap megenai wasiat. Ada yang berkata, "Saya belum berwasiat." Ada pula bertanya, "Apakah saya kena meninggalkan wasiat untuk mengelakkan daripada pergaduhan dalam kalangan anak-anak saya apabila saya mati?"

HADIS AKHIR ZAMAN - Pemimpin Akhir Zaman
Ada 6 Panduan atau ciri-ciri untuk memilih pemimpin pada akhir zaman ini. 

MISTERI ALAM JIN - Berapakah peringkat atau kategori jin?
Bagaimana nak kenal jin? Apakah tugas jin sihir? Apa pula jin saka? Bagaimana berlakunya pewarisan jin saka? Ikuti kisah dan kupasan selanjutnya bersama Ustaz Abdul Majid Hassan (Perawat Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan (AKRINE))