Thursday, June 13, 2013

Q&A Bil. 19: Mulakan Harimu dengan AL-QURAN.

HANGAT & TERBAHARU!!

PASTIKAN MAJALAH INI BERADA DALAM GENGGAMAN ANDA!!!


Isu 1 – Kenapa  Anak Malas Mengaji? (m.s. 10)
Anak-anak tidak boleh direnggangkan dengan al-Quran. Di dalam jiwa mereka perlu dipupuk rasa kasih, minat dan seronok membaca al-Quran. Namun realitinya, ia tidak semudah itu. Terlalu banyak bahan bacaan lain yang kebanyakannya tidak pun membina minda menjadi kegemaran mereka. Ditambah pula dengan pengaruh medium pandang dengar di zaman teknologi maklumat yang berubah dengan pantas ketika ini selain daripada TV, internet, komputer dan sebagainya. Ikuti temubual majalah Q&A bersama Ustaz Muhammad bin Musa al-Hafiz as-Sembilani, Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Yayasan Al-Huffaz (www.tahuffaz@logspot.com), Parit Panjang, Kupang, Kedah dalam berkongsi ilmu mengenai masalah anak-anak yang tidak gemar mengaji al-Quran. Beliau telah berjinak dalam dunia menghafaz al-Quran sejak berusia tujuh tahun dan telah menyertai pertandingan menghafaz al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa sejak tahun 1996 hingga 2009.

Isu 2 - Membaca @ Mendengar – Yang Mana Lebih Afdal? (m.s. 13)
Disebutkan bahawa pahala satu huruf al-Quran menyamai 10 kebaikan. Orang yang mahir membacanya akan bersama para malaikat. Orang yang bersungguh-sungguh akan mendapat dua kali ganda. Al-Quran akan memberi syafaat kepada pembacanya. Allah akan memakaikan mereka dengan mahkota dan pakaian kemuliaan. Darjat mereka akan diangkat di dalam syurga dengan kadar yang mereka baca. Malaikat turun untuk mendengar orang membacanya. Semua ini dan selainnya adalah berdasarkan nas-nas yang sahih dan hasan. Dalam bab mendengar al-Quran, nas-nas yang menggalakkannya sangat sedikit. Bagaimana pula dengan hadis tentang mendengar al-Quran?

Isu 3 – Apakah Pengaduan al-Quran Kepada ALLAH?  (m.s. 15)
Sesungguhnya seseorang mukmin itu hendaklah sentiasa berinteraksi dengan Al-Quran, hatinya, telinganya dan akalnya sentiasa menadah Al-Quran di samping istiqamah (konsisten) membacanya. Hijab atau penghalang yang menyebabkan seseorang itu jauh daripada al-Quran ialah kelalaian, mengikut hawa nafsu dan takbur. Justeru, bacalah al-Quran dengan membuka mata, telinga dan hati di samping membacanya dengan tartil (tajwid yang betul) serta berusaha memahami kata-kata Allah SWT. Semoga dengan itu Allah akan membuka hikmah dan rahsia-rahsia al-Quran kepada sesiapa yang membacanya dan menghayatinya.
Isu 4 – Membaca Al-Quran dengan Memakai Kasut Bernajis. (m.s. 18)
Bersama dalam bicara ilmu bersama Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Negara Brunei berhubung dengan persoalan-persoalan umum yang berkait dengan al-Quran.

Senyum Pagi –  Menilai Mimpi.  (m.s. 6)
Sekiranya bermimpi bertemu ibu ayah dalam berpakaian serba putih dan wajah mereka tersenyum bermakna ibu bapa berada di alam barzakh dalam keadaan tenang dan gembira.

Aku & Hadis – Adakah Hadis Tentang Akal Palsu? (m.s. 20)
Memang ada ulama pengkritik hadis seperti Abu Ja‘far al-‘Uqayli, Ibn Hibban, Umar bin Badr al-Mawsili dan lain-lain menyatakan bahawa tidak ada satu hadis pun yang mencapai taraf sahih mengenai akal. Persoalannya, benarkah semua hadis tentang akal itu palsu?

Hadis Akhir Zaman -  Siapakah 12 Orang Khalifah Yang Disebut Rasullulah? (m.s 24)
Khalifah merupakan pemerintah atau ketua negara yang benar-benar meneruskan agenda pemerintahan berdasarkan ajaran Nabi SAW iaitu dengan melaksanakan perintah Allah dan Rasul-Nya. Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa akan berlaku sebuah sistem pemerintahan khalifah seramai 12 orang selepas kewafatan Baginda SAW. Terdapat ramai pemerintah Islam pada zaman Bani Umayyah, Abbasiah dan Utsmaniah, tetapi bukan semuanya tergolong dalam 12 khalifah yang disebutkan oleh Nabi SAW.
Kuliah Oxford – Sampaikah Amalan Yang Disedekahkan Kepada Arwah? – Siri Akhir  (m.s. 28)
Kita telah tiba pada akhir perbincangan yang berhubung kait dengan permasalahan ini dan tidakkah menyedihkan jika mereka yang tidak mengetahui, tidak berupaya pula meletakkan kepercayaan kepada seorang  faqih yang masih hidup?

Aku & al-Quran – Faham al-Quran Hidup cemerlang. (m.s. 38)
Kebanyakan umat Islam hari ini memahami al-Quran dari segi teori semata-mata tanpa mempraktikkannya apabila mereka meletakkan al-Quran sebagai ‘buku’ ritual keagamaan yang hanya dibaca pada upacara-upacara tertentu sahaja sedangkan al-Quran diturunkan untuk menjadi panduan bagi golongan muttaqin iaitu golongan yang bertakwa.

Roger Ustaz Raja – Adakah Doa Boleh Mengubah Takdir? (m.s. 51)
Doa itu adalah suatu ibadah dan doa juga sebagai sebab untuk kita mendapatkan sesuatu, berdasarkan sunatullah. Sebagaimana seseorang itu lapar dan inginkan makanan, maka pekerjaan harian ialah sebab untuk dia mendapatkan makanan dan makanan adalah sebab untuk dia kenyang. Maka, doa juga adalah sebahagian daripada melakukan sebab untuk mendapatkan sesuatu di samping ibadah kepada Allah SWT.

Halaqah Faraid – Berkahwin Lain – Berhakkah Warisi Harta Arwah Isteri? (m.s. 54)
Barang kemas adalah pakaian si mati semasa hayatnya dan tidak perlu dikeluarkan zakat. Ini bermakna si mati pada masa hayatnya tidak wajib ke atasnya membayar zakat emas. Apabila berlaku kematian, barang kemas itu bukan lagi kepunyaan si mati, tetapi ia adalah kepunyaan waris yang berhak. Ikuti kupasan penyelesaian kepada permasalahan ini.

Celak Mata – Siapakah Harut & Marut? (m.s. 64)
Harut dan Marut itu sebenarnya apa? Ada yang mengatakannya malaikat dan ada pula yang mengatakannya tukang sihir. Kisah dan penyebutan nama Harut Marut dalam al-Quran, hanya disebutkan satu kali iaitu dalam surah al-Baqarah ayat 102. Bahkan, penyebutan kisahnya pun sangat pendek, tidak panjang, juga tidak menyeluruh.

Mutiara Kitab Hikam –  Bahaya Waham Pada Akal dan Hati (m.s 68)
Ibnu Ata’illah mendedahkan bahaya waham dan waham menurut beliau ialah satu faktor penting yang mendorong manusia menjadi sesat dan dilanda oleh berbagai-bagai kesalahan yang bertimpa-timpa.

Halaqah Suluhan Ibadah – Qunut Solat Subuh – Sunnah atau Bidaah? (m.s 74)
Persoalan membaca doa qunut pada rakaat kedua solat Subuh sudah dijelaskan para ulama seawal timbulnya mazhab. Walau bagaimanapun, masih kedapatan suara-suara yang mengatakan ia bukan perbuatan Nabi, justeru sesiapa yang melakukannya disifatkan sebagai melakukan perkara bidaah (dhalalah). Tulisan kali ini mengajak pembaca menyelurusi pendapat tahqiq (yang benar) dalam mazhab dan perbincangan ulama.

Soal Jawab Bersama Syeikh Nuruddin –  Tanah Ini Milik Siapa? (m.s. 79)
Bagaimanakah agihan pembahagian bagi perkongsian tanah oleh tiga orang lalu seorang daripada mereka meninggal dunia? Bolehkah diwariskan dengan dua orang yang masih hidup?

Perspektif – Puasa Daripada Perspektif Sains dan Kesihatan. (m.s. 81)
Hubungan antara puasa dengan kesihatan dan sains juga dapat dilihat dari aspek manfaat atau hikmah. Ini bererti puasa sebagai suatu ibadah, turut memiliki hikmah atau manfaat duniawi; dan dalam hal ini dari sudut kesihatan. Penelitian ini tidak bermaksud untuk melencongkan niat ibadah tetapi untuk memahami kebesaran Allah melalui ibadah berpuasa. Setidaknya hasil-hasil penelitian ini dapat menambahkan lagi keghairahan untuk terus berpuasa.

Halaqah Firman –  Apa Beza Kalimah (نكر) dan (منكر) dalam al-Quran? (m.s. 86)
Terdapat dua kalimah atau perkataan yang hampir sama huruf dan asal perkataan dalam al-Quran iaitu kalimah (نُكْر) dan (مُنْكَر). Orang-orang kafir hanya melihat kehidupan berdasarkan apa yang jelas terpampang di hadapan mereka. Hakikat sebenar di sebalik kehidupan tidak pernah terlintas di hati mereka.

Fiqh an-Nissa’- Siapa Wali Nikah Anak Belum Baligh?  (m.s. 89)  
Tanggungjawab wali amat besar dan penting. Wali mestilah melindungi anak-anaknya daripada perkara-perkara yang memudaratkan, mendidik dan memberi nafkah dengan penuh kasih sayang.

Jalan Tengah – Bolehkah Membaca Mushaf  Ketika Solat? (m.s. 97)
Sayidatina Aisyah r.ha pernah melantik hambanya Zakwan menjadi imam dan Zakwan menggunakan mushaf ketika solat. Persoalannya, adakah boleh membaca al-Quran ketika solat dengan melihat mushaf atau dengan melihat ayat-ayat tersebut?

Halaqah Tasawuf – Zikir Tarekat Jadi Wajib?  (m.s. 97)
Syeikh tarekat umpama seorang guru sekolah yang mewajibkan anak muridnya membuat kerja-kerja sekolah di rumah.  Kenapa diwajibkan?

Misteri Alam Jin – Bagaimana Tangani Anak Yang Diganggu Jin? (m.s. 101)
Sangat dianjurkan bagi setiap pasangan sebelum melakukan hubungan intim, sebaiknya didahului dengan mengambil wuduk, berdoa serta menutupi tubuh mereka dengan selimut. Sekiranya ia terlupa untuk berdoa maka jin akan ikut serta dalam hubungan intim itu dan anak yang terhasil daripadanya mudah diganggu oleh makhluk ini. Sementara kanak-kanak yang mampu melihat jin bukanlah suatu keistimewaan malah ia suatu kekurangan atau kelemahan.

Tweet Dr. Asmadi – Panduan Berniaga Melalui Internet.  (m.s. 109)
Hari ini begitu banyak laman web yang mengendalikan perniagaan di alam maya. Berniaga itu sangat digalakkan tetapi perlu kenali bentuk ijab dan qabul melalui internet yang diiktiraf oleh syarak.

Tuesday, May 14, 2013

Q&A Bil. 18: Al-Aqsa Dalam Genggaman

Klik di sini

Aku dan hadis
Tajuk: Hadis Ketua Sebagai Khadam?

Ketua atau pemimpin mesti bersifat adil dan ihsan kepada orang yang dipimpin. Ketua atau pemimpin yang memberi contoh tauladan yang baik amat dipuji oleh syarak. Terdapat sebuah hadis yang menganjurkan agar ketua atau pemimpin harus bertindak seperti khadam. Bagaimana kedudukan hadis tersebut?

Aku dan quran
Tajuk: di mana letaknya kebahagiaan?
Apa yang mereka mahu? Perasaan gembira, tenang dan bahagia. Manusia mencarinya dan mengejarnya dengan berbagai-bagai cara. Kadangkala mereka mendapatkannya tetapi selepas itu ia hilang, lalu mereka terus bergelut dengan kehidupan demi mencari kebahagiaan yang kadangkala seperti belut yang amat licin.

Asmaul husna
TAJUK : MENERAPKAN AL-BARI MENTRADISIKAN INOVASI
Al-Bari bermaksud Maha Mengadakan daripada tiada. Perkataan al-Bari diambil daripada perkataan al-Bar’u yang bermaksud memisahkan sesuatu daripada sesuatu. Bukankah nama Allah al-Bari serupa maknanya dengan al-Khaliq? Bagaimana kita dapat menerapkan sifat al-Bari dalam kehidupan?

Celak mata
Tajuk; Bagaimana tahnik yang betul?
Sekarang saya lihat ada pelbagai cara orang melakukan tahnik. Umpamanya guna buah kelapa, hayun di dalam buaian, ada yang baca ayat dari surah al-Mukminun, ada yang baca surah al-Qadr, ada yang guna sudu untuk beri minum air zam-zam, ada pula halakan muncung botol terus ke mulut bayi. Bagaimana kaifiat tahnik yang paling tepat?


Fiqh an-nisa’
Tajuk: Solat Dengan Memakai Kasut
Jika seseorang itu solat dengan keadaan memakai kasut, adakah kedudukannya sama seperti memakai sarung kaki? Adakah perlu dia membengkokkan jari-jari kakinya atau memadai meluruskan jari kaki ke lantai?

Hadis Akhir Zaman
Tajuk: Masjid Aqsa; Pusat Pemenrintahan Imam Mahdi
Pada mulanya Imam Mahdi bukanlah seorang yang terkenal dengan sifat-sifat keutamaan, lalu Allah memberi taufik dan hidayah kepadanya sehingga dalam satu malam sahaja beliau sudah berubah daripada keadaannya yang asal. Apa maksud ‘disempurnakan Allah’ dalam satu malam? Apa pula kaitannya dengan Baitul Maqdis?

Halaqah Firman
Tajuk: Bagaimana al-Quran diturunkan?
Kalimah atau perkataan (نزل) secara umumnya bermaksud ‘turun’. Ia diabadikan dalam al-Quran dengan beberapa lafaz, menurut tasrif yang berbeza sesuai dengan tempat. Walaupun terdapat persamaan namun dari aspek bahasa Arab ia mempunyai maksud dan makna yang berbeza. Apakah perbezaan tersebut?

Halaqah Muamalat
Tajuk: Bagaimana Merungkai Jua’lah?

Sebagaimana yang saya katakan pada keluaran lepas, kontrak jua’lah ialah ‘suatu akad atau iltizam untuk memberikan suatu ganjaran ke atas sesuatu perbuatan tertentu, atau ke atas perbuatan yang tidak diketahui, atau ke atas perbuatan yang sukar dilakukannya. Namun begitu, masih ada beberapa pembaca yang masih keliru dan mengemukakan beberapa pertanyaan. Di sini saya jelaskan lagi beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian..

Halaqah Suluhan Ibadah
Tajuk: Di Mana Diletakkan Tangan Selepas Takbiratul Ihram?

Perkara meletakkan tangan selepas Takbiratul Ihram dalam solat adalah perkara khilafiyah yang tidak perlu dipanjang-panjangkan. Ia sudah terjawab sejak seawal timbulnya mazhab lagi. Artikel ini menerangkan penjelasan ulama Syafi’iyyah agar majoriti umat Islam yang bermazhab Syafi’i di negara ini jelas dan faham tentangnya. Seharusnya orang awam mengikut panduan para ulama agar berpedoman dalam melakukan ibadah yang sangat penting ini.

Halaqah tasawuf
Tajuk: Berbezakah Ibadah Ahli Sufi Dan Orang Awam?

Bagi mereka yang menjalani jalan kerohanian, apa yang perlu dilakukan sebagai amalan harian mungkin tidak banyak beza dengan apa yang sepatutnya dilakukan oleh setiap orang mukmin.
Namun, mungkin orang Islam awam biasanya tidak begitu menitikberatkan terhadap amalan-amalan ini, sedangkan ahli sufi dan pengikut tarekat begitu memberatkan dan menjadikan amalan-amalan harian ini seolah-olah suatu yang ‘wajib’ ke atas diri walaupun dari segi syaraknya ia lebih bersifat ‘sunat’.

Jalan tengah
Oleh ustaz Ahmad Fahmi Che Nordin
Tajuk: Apa Pandangan ‘Dunia’ Terhadap Wanita?
Allah telah memuliakan golongan wanita sehingga Allah menamakan satu surah di dalam kitab sucinya yang terakhir iaitu al-Quran dengan nama surah an-Nisa'. Perkataan an-Nisa' ialah jamak (plural) bagi perkataan al-mar'ah yang bermaksud wanita. Ini merupakan satu isyarat yang menggambarkan ketinggian kedudukan wanita di dalam agama Islam.
Merentas Misi
Oleh: Syeikh Muhammad Qutb
Tajuk: Toleransi Islam Dengan Masyarakat Bukan Islam

Sikap masyarakat bukan Islam terhadap pemerintahan Islam merupakan satu masalah yang selalu dikatakan rumit dan sukar. Ramai orang yang berasa ragu-ragu untuk memperkatakannya kerana bimbang berlaku pertelagahan antara orang-orang Islam dan orang-orang yang bukan Islam. Syed Muhammad Qutb, seorang tokoh pemikir Islam yang terkenal telah menyebut dalam kitabnya, Syubhatun Hawlal Islam (Salah Faham Terhadap Islam) tentang masalah ini.

Mimbar
Tajuk: Akhlak Karimah

Apa keindahan dan mukjizat al-Quran pada kalimah ‘akhlak’?Akhlak adalah perkataan jamak (plural) daripada kata khuluk (خُلُقْ). Ia seakar dengan kata kholak (خُلَقْ) iaitu ciptaan atau manusia. Apa yang diciptakan berbentuk fizikal sehingga dapat dilihat dengan mata kepala ialah kholak manakala apa yang tidak berbentuk fizikal dan hanya dapat dinilai dengan mata hati itulah khuluk.

Mutiara Kitab Hikam
Tajuk: Rahsia Kejayaan Dan Kegagalan

Sebagaimana burung hanya boleh terbang dengan dua sayap yang seimbang, maka begitulah Mukmin yang sebenar akan dapat menjalani hidup dengan sebaik-baiknya jika sifat Khauf (takut) dan dan Roja’ (mengharap) seimbang.

Not Just For Laugh
Tajuk: Hajjaj ats-Tsaqafi yang Zalim dan Juha dan Kadi yang Kedekut.

Sebuah ruangan santai yang memberikan kritikan sosial kepada masyarakat .


Kuliah Oxford
Tajuk: Sampaikah Amalan Orang hidup Kepada Arwah?

Benarkah dua tokoh besar mazhab Syafi’i iaitu Imam Ibn Hajar r.a. dan Imam ar-Ramli r.a. telah berselisih pendapat dalam beberapa hal kecil bersangkutan keadaan yang membolehkan pahala sampai kepada si mati? Apa pandangan muktamad mazhab Syafi’i?

Paradigma
Tajuk: Kalimah ‘Kullu’ Tidak Semestinya Bermakna ‘Semua’

Fahamilah bagaimana para fuqaha memahami hadis ini dengan kaedah ilmu Mantik. Perkara ini amat perlu dibincangkan untuk mengelakkan kekeliruan dan menatijahkan hukum yang salah.

Wahai Rasulullah
Tajuk: Masa Depan Islam di Tangan Pemuda

Pemuda zaman Nabi SAW mempunyai sifat kejujuran dalam memberi respons dan ketika menerima arahan daripada Baginda.


Roger Ustaz Raja
Tajuk: Manfaat Iman

Mengapa keimanan kepada Allah SWT penting dalam kehidupan?

Perspektif
Oleh: Ustaz Redwan bin Hj Yasin
Tajuk: Adakah Sedekah Boleh Terbatal?
Naluri manusia apabila dia memberi, sentiasa mahukan si penerima mengenang akan jasanya yang memberi sedekah.

Adab
Adab berdiskusi

Persoalannya , benar atau tidak persepsi sebegini? Benar-benarkah ianya mengikut acuan agama? Sehari dua ini, ada suasana baru yang saya kira mula wujud dalam benak pemikiran masyarakat khususnya golongan muda-mudi, siswa-siswi, pemikir-pemikir dan lain-lain. Suasana yang saya maksudkan ialah sukakan perdebatan atau dengan bahasa yang lebih sopan PERBAHASAN dan BERBALAS HUJAH. 

Syeikh Nuruddin Menjawab
Tajuk:  Darah Wanita

Apakah kategori darah apabila berlaku keguguran?Darah haid jika darah yang keluar berwarna coklat muda? Seseorang yang suci daripada haid sebelum waktu maghrib, solat apakah yang perlu dikerjakan? Dan banyak lagi permasalahan berkaitan darah wanita.

Twit Dr. Asmadi
Tajuk: Tersilap Langkah ‘Main Kutu’

Saya baru memahami hukum sistem ‘kutu’ melalui pembacaan saya pada penulisan Ustaz dalam keluaran lepas. Kemusykilan saya, adakah keuntungan yang saya perolehi nanti dikategorikan sebagai HARAM?

Wednesday, April 17, 2013

Majalah Q&A Bil. 17: Kesalahan Memahami Keringanan Solat


Q&A Bil. 17

Isu 1 – Rukhsah: Peluang Beramal dalam Keadaan Tidak Mampu (m.s. 10)
Islam agama yang mudah. Syariat Islam datang dengan tujuan untuk memudahkan kehidupan manusia. Rukhsah disyariatkan apabila umat Islam ditimpa kesukaran. Antaranya kerana musafir, ketika hujan, ketakutan dan ketika sakit. Ketika bermusafir, kita dibenarkan berbuka puasa Ramadan, meratakan wuduk dengan hanya menyapu khuf selama tiga hari tiga malam, serta jamak dan qasar solat wajib. Ikuti kupasan dalam memahami rukhsah sebagai satu peluang untuk kita terus beramal.

Isu 2 Keuzuran – Rukhsah dan Azimah - (m.s. 11)
Sekiranya hukum rukhsah (kelonggaran) tidak wujud, umat Islam pasti akan binasa ketika berdepan dengan suasana kecemasan atau darurat. Azimah  pula merupakan perintah asal sesuatu hukum tetapi dibatalkan atau diubah bentuknya disebabkan keadaan darurat. Dapatkan jawapan kepada asas kepada hukum rukhsah yang merupakan hak hamba dalam kurnia dan kebijaksanaan Allah juga azimah yang merupakan hak Allah atas hamba-Nya dalam persoalan isu ini.

Isu 3 – Soal Jawab Ruksah Solat (m.s. 16)
Bersama dalam bicara ilmu bersama Ustaz Fadzil al-Yamani berkaitan dengan persoalan-persoalan umum berkaitan dengan solat.

Aku & al-Quran - Bahasa Dalaman (m.s. 6)
Cuba perhatikan bahasa dalaman kita setiap hari. Sebagai contoh ketika memandu, orang di belakang membunyikan hon. Cuba dengar bahasa itu.  Kita akan menjadi panas, marah, sakit hati dan kalau tidak dikawal, bahasa itu akan terus-terusan membentuk bahasa-bahasa negatif yang lain.

Aku & Hadis – Bolehkah Tidak Berhukum Dengan Hadis Sahih? (m.s. 20)
Amat sukar untuk kita mendakwa dan menetapkan bahawa ada hadis sahih yang ditinggalkan atau tidak diamalkan oleh Imam asy-Syafi‘i mahupun para ulama Mazhab Syafi‘i tanpa sebarang hujah dan alasan yang kukuh.
Hadis Akhir Zaman -  Wanita Berkerjaya; Petanda Akhir Zaman  (m.s 23)
Cara  hidup pada akhir zaman mendorong wanita untuk bekerja di luar rumah. Terutama dalam bidang perniagaan kerana wanita dapat dijadikan ‘daya tarik’ pelanggan. Wanita juga bekerja di luar rumah untuk menambah pendapatan bagi memenuhi tuntutan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Kuliah Oxford – Sampaikah Amalan Yang Disedekahkan Kepada Arwah? – Siri 3  (m.s. 37)
Imam para mufassir di kalangan Sahabat iaitu Ibn Abbas, telah mengisytiharkan bahawa ayat an-Najm ini dimansukhkan oleh ayat lain.

Halaqah Tauhid – Bolehkah Menisbahkan Keburukan Kepada Allah?  (m.s. 46)
Adakah para ulama Ahli Sunnah membenarkan penisbahan tersebut kepada Allah SWT atau tidak? Bagaimana pula jika penisbahan itu digunapakai dalam bidang pengajian sahaja bukan untuk masyarakat umum.

Roger Ustaz Raja – Al-Asy’airah & Al-Maturidiah  (m.s. 48)
Bagaimanakah terbentuknya sebuah entiti pemikiran Islam dalam bidang akidah yang kuat yang dikenali sebagai Ahlus Sunnah wal-Jamaah?

Mutiara Kitab Hikam –   Kaedah Mencapai Cita-Cita   (m.s 68)
Dalam mengejar cita-cita dunia dan akhirat, wajib melaksanakan pelbagai faktor penyebab kejayaan. Tanpa memenuhi pelbagai faktor yang diperlukan, kejayaan tidak akan tercapai. Imam Syafi’i (w. 204H) menegaskan, “Anda mahukan kejayaan, tetapi anda tidak lalui jalan-jalannya, sesungguhnya kapal laut tidak akan dapat belayar di daratan.”

Anjung Al-Atrak – Adab Dengan Masa (m.s. 70)
Pengalaman penulis bertandang ke rumah seorang ulama besar hadis di Mesir iaitu al-Alim al-Allamah Doktor Syeikh Saad Jawish hafizahullah yang sedang sakit. Kehadiran yang pada mulanya hanya untuk berziarah bertukar menjadi majlis ilmu.

Halaqah Suluhan Ibadah – Perlukah Mengqadha Solat Yang Ditinggalkan Dengan Sengaja?   (m.s 72)

Ada sesetengah orang yang mengatakan bahawa solat hanya diqadha jika terlupa atau tertidur. Solat yang ditinggalkan dengan sengaja tidak perlu diqadha kerana tidak ada dalil daripada al-Quran mahupun hadis. Apakah pandangan ulama dalam perkara ini?

Soal Jawab Bersama Syeikh Nuruddin – Kahwin Lari  (m.s. 76)
Adakah sah perkahwinan di selatan Thailand tanpa persetujuan wali, dengan erti kata lain kahwin lari? Apakah yang menyebabkan tanggungjawab wali akan berpindah kepada wali hakim?

Perspektif –   Al-Imamah   (m.s. 78)
Setelah memperakui kepentingan imamah sebagai keperluan yang mendesak dan utama, Syiah berselisih dengan Ahlus Sunnah wal-Jamaah berhubung status kesabitannya. Syiah melihat bahawa ia sabit melalui nas daripada Allah SWT.

Alam Akhirat – Hadiah Buat Pengabai Solat (m.s. 83)
Apakah sikap dan pemahaman kita menangani solat masih di tahap ‘main-main’ setelah mendengar ancaman Allah tentangnya?

Halaqah Firman –  Jisim Yang Hidup Dan Jasad Yang Mati  (m.s. 86)
Kalimah al-Jism dan al-Jasad merupakan dua istilah yang hampir sama dari aspek makna dan hurufnya. Ia digunapakai untuk badan atau tubuh manusia. Namun apabila al-Quran menggunakan kedua-dua istilah ini maka ia tentunya menunjukkan maksud yang berbeza.

Fiqh an-Nissa’- Berbezakah Aurat Di Luar dan Di Dalam Solat?  (m.s. 88) 
Sekiranya pakaian itu menutupi kulit tetapi menampakkan ukuran badan seperti lutut, punggung dan seumpamanya, sah solatnya kerana wujudnya penutupan. Apa pula beza aurat di dalam solat dan di luar solat?

Jalan Tengah – Penggunaan Kalimah ALLAH Bagi Orang Kafir (Khususnya Kristian) -Siri 3-  (m.s. 94)
Orang-orang Kristian di Malaysia khususnya tidak rugi jika tidak menggunakan kalimah ‘Allah’ bagi merujuk kepada tuhan sembahan mereka. Padahal, di pihak masyarakat awam Islam di Malaysia pula, ia boleh membawa kepada kekeliruan.

Halaqah Tasawuf –    Transformasi Rohani (m.s. 97)
Transformasi perlu kepada keinginan, kesungguhan, semangat yang tinggi dan mujahadah berterusan untuk berubah atau apa yang sering disebut sebagai ‘himmah’.

Taman Ilmu –  Maulana Abul Hasan Ali an-Nadwi (1913-1999)   (m.s. 99)
Sama-sama kita kenali tokoh pemikir Islam, penulis, pendakwah, sejarawan dan juga seorang sasterawan kelahiran Uttar Pradesh, India yang diakui kewibawaannya di persada antarabangsa.






Tuesday, March 19, 2013

Rasulullah The X Factor


Segala puji dirafakkan kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah. Pantas sungguh masa berlalu, sedar tidak sedar genap setahun majalah Q&A bergelanggang di tengah masyarakat. Rasanya seperti baru sahaja lagi mendengar bisikan daripada seorang tuan guru pada majlis pelancaran
majalah ini setahun yang lalu,

“Berjalanlah di atas keberkatan Allah.” Misi menjernihkan hati ini bersama dokongan para ilmuan dan pakar di bidang tertentu menerusi kolum-kolum yang tersedia. Tidak ketinggalan hempas-pulas team editorial dan para artis menyusun atur bagi memeriahkan persembahannya. Semangat datang dari segenap sudut beserta doa ikhlas daripada sahabatsahabat yang soleh. Paduan dan gabungan yang terdapat di dalam majalah Q&A ini bertujuan menyajikan masyarakat; hidangan ilmu, tarbiah dan motivasi yang bermutu. Ia diharapkan dapat merungkai persoalan dan memperbetulkan amalan. Perbahasan yang diutarakan dalam setiap barisbarisnya adalah berpaksi dan berpegang kepada tradisi ulama muktabar agar masyarakat dapat mencerna sesuatu yang benar dari sumber sahih; al- Quran dan as-Sunnah (Q&A).

Persembahannya dimudahkan dalam cara santai dalam bentuk soal dan jawab (Q&A). Sokongan berterusan daripada para pembaca yang dahagakan ilmu menjadi inspirasi kami dalam menyediakan yang terbaik.
Tunjuk ajar dan teguran amat diperlukan demi mengangkat ilmu dan tarbiah ke kedudukan yang tinggi, sesuai dengan fi rman Allah : “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di kalangan kamu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat.” (Al-Mujadalah 58: 11) Majalah Q&A bukan sekadar memberikan ilmu, fokus lebih utama memberi tarbiah.

Tarbiah adalah proses didikan menyentuh hati. Hanya dengan tarbiah sesuatu ilmu tersebut dapat diaplikasikan dalam diri dan kehidupan seseorang. Imam at-Thabari berkata, “Allah mengangkat kedudukan orang yang berilmu di hadapan orang beriman yang tidak berilmu kerana keutamaan ilmu mereka (jika mereka mengamalkan ilmu tersebut).”

Pada keluaran kali ini kita lebih bersyukur kerana persoalan yang dikemukakan adalah berkaitan faktor keecemerlangan umat terdahulu; para Sahabat dan tabi’in. Ada satu faktor penentu kecemerlangan yang sering dilupakan oleh umat akhir zaman. Imam Malik berpesan, “Tidaklah baik umat akhir ini melainkan
dengan apa yang telah menjadi baik pada awal umat ini.”

Apakah ‘faktor X’ tersebut? Jawapannya adalah faktor Rasulullah . Umat terdahulu cemerlang kerana mereka mengenali, menyayangi dan merindui; mereka benar-benar pedulikan Rasulullah . Baginda diletakkan pada kedudukan yang betul maka mudahlah untuk dicontohi. Itulah resipi kecemerlangan yang kita perlu ‘copy and paste’. Mari bersama membuka mata hati untuk melihat faktor tersebut. Kecemerlangan tamaduan Islam bahkan kesempurnaan iman kita ada di dalam membicarakan tentang fi gura kekasih Allah ini. Telah terbitlah bulan purnama
… Cahayanya menerangi kami…